March 25, 2011

cerita komik

ini cerita tentang zaman sekolah aku dulu..pejam celik pejam celik,tak sangka dah lama betul aku tinggalkan zaman sekolah.cerita ini tentang salah satu aktiviti paling aktif aku lakukan masa sekolah dulu,iaitu baca komik!

hehehe.bagi peminat manga dan komik-komik yang sewaktu dengannya, tentu banyak yang korang tahu pasal komik nie.tapi jangan tak tau,ada juga orang yang tak reti baca komik!
how come ha??
aku pernah jumpa orang macam nie,dan ternyata kawan aku yang seorang nie tak tahu bagaimana nak baca komik dari jepun yang dah translate ke bahasa melayu.pada masa itu,

'oh!sedihnya aku dengan kau nie!'
'what era are you ha?'

macam tue la perkara-perkara yang terbit di dalam kepala otak aku nie.tak sangka aku ada kawan yang tak reti baca komik.nampaknya mereka nie terlalu banyak buku ilmiah di rumah sampai tak ada masa untuk mereka membaca bahan bacaan yang ringan macam nie.huhu.

sebenarnya,membeli dan membaca komik nie masih aku lakukan sampai sekarang.baru-baru ini,aku beli 5 buah komik sekaligus sebab bosan tahap gaban kat rumah.sebagai akibatnya,banyak duit aku habis kat situ.huhuhu.tapi aku tak kisah pun kan..dah minat,nak buat macam mana.

masa aku tingkatan 4 dulu,aku sangat minat pada satu siri komik nie.tajuk dia DAN DETECTIVE SCHOOL atau nama lainnya, TENTEI SCHOOL Q.aku terjebak dengan komik detektif nie pun gara-gara akak angkat aku.kalau tak,aku pun tak kenal dengan komik detektif yang satu nie.hero dia seorang yang genius dan mempunyai IQ yang sangat tinggi.tapi aku tak sure kalau IQ dia lagi tinggi dari Enstein.hehe.jalan cerita komik ini agak 'complicated' sikit.so kena banyak bersabar bila baca komik nie

tapi dalam banyak-banyak watak,aku paling minat dengan RYU AMAKUSA.hehehe.dia seorang yang handsome dan jambu+sentiasa kelihatan cool.


watak-watak dalam DDS(ryu amakusa yang rambut biru tu,hensem tak?huhu)

tapi ada orang pernah pertikaikan,
"lukisan komik pun ada hensome tak hensome ke?,kan lukisan jew,bukan orang betul pun".

bila aku dengar orang tue cakap macam nie dan setelah otak aku menghadam setiap bait perkataan yang diutarakan, aku hanya mampu tersenyum.:)

dalam hati aku hanya mampu berkata:
kau tak pandai menilai lukisan komik,kau tak tau apa itu ekspresi yang cuba disampaikan,kau tak boleh membaca riak wajah,dan patut pun kau tak pandai baca komik!nak baca komik pun terbalik!apa punya turr..

tue jew la yang aku mampu ucap dalam hati,tak mampu aku ucapkan kat depan dia,maklumlah kita perlu jaga hati orang lain kan...

berbalik pasal komik tadi, kadang-kadang ada orang yang hairan kerana aku boleh ketawa bila baca komik.
itu pun nak hairan ke??dah cerita komik tu ada selitkan unsur humor,salah kew kalau aku ketawa?
mungkin dalam hati diorang ingat aku nie gila kowt?hahaha..

hello........aku baca komik sebab aku nak hilangkan segala bebanan yang membelenggu kepala otak aku ini!

aku tak faham bila ada orang kata baca komik hanya membuang masa+buang duit+tak ada moral yang boleh kita pelajari dalam komik nie.

bagi mereka yang mempunyai fikiran sedemikian saya harap anda dapat mengubah pemikiran anda dengan segera.sila baca sebuah komik dahulu sebelum anda menilainya..

kalau nak ikutkan,sebenarnya banyak benda yang boleh kita pelajari dalam komik nie,terutama tentang kehidupan.macam baca novel juga,yang baik kita ambil,yang tak baik tue tinggal belakang la.bukan tue jew, dengan grafik yang menarik,sebenarnya lagi mudah kita nak faham sesuatu cerita yang nak disampaikan tu.ingat,penulis komik tak akan buat cerita yang sia-sia dan bukan-bukan.mereka pun ada agenda bila melukis dan menulis komik ini.mereka ini nak hiburkan pembaca jew,bukan merosakkan moral pembaca.
so,aku harap,bagi mereka yang selalu banned orang yang baca komik ni,fikir-fikirkan kembali apa aku cakap.
jangan nak banned orang suka-suka hati jew!


Berakhirnya 4 hari

alhamdulillah syukur!
akhirnya,empat hari yang perit berlalu juga.segala bebanan dalam kepala hilang lepas jawab soalan engineering design tadi.minggu nie,minggu paling penuh denga ujian dan kuiz.sabar jew la.
kalau tak kerana dek tertunda berkali-kali dah lama ujian nie semua habis tau.
apa-apa pun akhirnya,kesukaran minggu ini berakhir juga.
peperiksaan akhir sem pula menanti!
ganbatte linda!

March 20, 2011

bil eletrik

salam sejahatera semua

bil elektrik baru je tiba tadi..dan jumlah yang perlu dibayar tersangatlah banyak!rasa nak pengsan bila tengok bil tadi..oh tidak!sekarang nie kita perlu berjimat cermat,dan kurangkan penggunaan elektrik,tapi macam mana bil nak kurang kalau ada 4 buah laptop yang ON sepanjang hari..oh tidak!!macam mana nie!!

March 6, 2011

I AM NUMBER FOUR

hari ini aku pergi tengok wayang setelah sekian lamanya aku tak tengok wayang..hehehe.nasib baik ada kawan kaki wayang yang aku boleh katakan tak akan mengecewakan kalau ajak pergi tengok wayang.mesti dia kata boleh punya.hehehe..ok disebabkan aku nak sangat tengok cerita I Am Number 4 dengan 127 hours, jadi kitorang pun ambil keputusan,kita tengok dua-dua filem.yeah!i LIKE that! Dah lama tak tengok dua filem sekaligus. huhu

pertama sekali,fasal I AM NUMBER 4.

pasal makhluk asing yang terpaksa tinggalkan planetnya untuk selamatkan diri, nama betul beliau FOUR, tapi bila dia kat bumi, identiti dia jadi JOHN SMITH. huhu..dia macam manusia cuma dia ada kuasa luar biasa. di bumi,dia ditemani oleh penjaga bernama ...tettt..(aku tak ingat)..penjaga nie la yang jaga John dari kecil sampailah dia besar. dalam usaha diorang nak larikan diri, John terjumpa dengan sorang awek yang cun satu sekolah dengan dia. nama dia Sarah. John juga ada seorang kawan bernama Sam, seorang nerd yang sukakan makluk asing, macam bapa dia, tapi dia nie selalu kena buli, cuma John nie je sorang yang kawan dengan dia. Ayah Sam nie da hilang beberapa tahun dulu dalam usaha mengesan makluk asing. Ok, nak tahu cerita selanjutnya,tengok sendiri kat wayang.huhuhu


poster I AM NUMBER FOUR



 si kacak nombor 4


diana agron a.k.a sarah dalam cerita ini.dia sentiasa dengan kamera NIKON dia.aku minat dia sejak cerita GLEE lagi..huhu


Sam yang nerd dan suka dengan makhluk asing


Number Six dengan DUCATInya. gila gempak minah nie..

antara babak-babak menarik:


huh..kalau den jadi polis tue,dah lama den pengsan..


tangan I ada spotlight,U suka tak??


sesuka hati dia je nak bom rumah orang..


yarghhhhhh!

oh,sebelum terlupa,cerita ni  adalah diadaptasi dari novel  sci-fi I AM NUMBER FOUR. pandai betul penulisnya buat cerita.

untuk 127 hours, aku akan post untuk entry akan datang..
daa......




Nikmat

aku rasai dinginnya malam
aku rasai kelajuan 
aku nampak cahaya benderang
aku nampak zon perangkap halaju
aku hidu bau asap
aku rasai kegelapan malam.
aku depangkan tangan 
aku rasai semua
sekeliling aku

March 4, 2011

TANPA TAJUK 2

baiklah disebabkan aku mengalami sindrom kebosanan sekarang ini,jadi aku mengambil keputusan untuk pos lagi benda-benda yang ada dalam otak aku sekarang nie.

ini untuk orang-orang yang telah banyak berjasa,dan menjadi orang kesayangan aku, yang tak perlu aku nyatakan namanya.



hehe..

dan buat mereka-mereka yang bosan,kita layan kartun nie jap



 oops!  hahaha

ini hanya untuk hiburan semata..

dan gambar nie plak spesial buat kaum adam



belajar-belajarlah hargai kaum hawa.huhuhu

adios!

Kenapa aku suka laptop aku?

Kenapa aku suka sangat dengan laptop ini walaupun laptop aku bukan laptop Apple.


JAWAPANNYA:


jeng jeng jeng....!!!


yeah!

korang la peneman kala suka dan duka 



(walaupun korang tak ada kat sebelah aku sekarang nie)

hehehe

cuci mata


kau buat aku rasa sihat dan kuat!





GEMBIRA

CARILAH KEGEMBIRAAN DENGAN CARA KAU SENDIRI.KEGEMBIRAAN KAU BUKAN ORANG LAIN YANG TENTUKAN.

FIKIR



ada orang tanya aku:

apa nak buat lepas diploma ni?

aku jawab:

kalau aku dapat kerja kat UMW atau syarikat-syarikat besar yang lain,aku go on dengan kerja aku.
tapi kalau aku tak dapat kerja lepas grad, aku sambung ijazah.

lepas tu orang tue tanya lagi:

kahwin?

aku jawab:

aku tak bersedia untuk kahwin,aku nak kumpul harta,nak kukuhkan ekonomi aku dulu.

kemudian orang tu diam.

 tak tanya lagi dah.

aku pun diam jugak.

malas nak cerita panjang-panjang.