November 18, 2011

Penghujung

assalamualaikum dan salam satu Malaysia.

Pertama sekali aku nak ucapkan tahniah buat pasukan harimau muda kerana telah mempamerkan aksi yang cemerlang sepanjang perlawanan akhir kumpulan A menentang Indonesia malam tadi. bersemangat habis aku bersorak depan tv dengan housemate aku.hehehe...harap-harap pasukan kita menjuarai lagi perlawanan bola sepak kali ini. tahniah sekali lagi wahai harimau muda.

kedua, aku nak mengucapkan takziah buat kawan sekelas aku iaitu Gugan yang baru sahaja kehilangan ayah dia semalam. kesian Gugan, dah lah nak jawab final exam tapi ayah dia meninggal pula pada saat-saat genting macam ini.. ajal maut di tangan  tuhan, harap-harap beliau tabah hadapi semua ini.

ketiga, aku nak cakap, glee musim ketiga dah masuk episod ke-6 tapi aku baru dapat tengok satu episod jew...waaaaaa.....bila aku nak tengok lagi nie!!!

keempat, aku dalam minggu peperiksaan sekarang. baru sahaja habis dua subjek,yang boleh tahan susah. aku tak dapat agak keputusan yang bakal aku terima nanti. tapi harap-harap biarlah keputusan yang baik supaya aku dapat naik pentas ambil diploma sambil senyum depan kamera dan abah dan emak tersenyum bangga kat bawah ditempat duduk ibubapa.aku harap aku berjaya.

kelima, keputusan upsr dah keluar. aku tak tahu apa keputusan upsr Adib. (malas nak call sebenarnya,hehehe)

keenam, aku tak tahu nak tulis apa lagi.hahaha

sekian terima kasih!