December 5, 2011

Love

 
when it comes to love.no one can deny it.
 
 


yes..love that i'm talking about. no one can deny the feeling when we fell for it. so do I..hahaha..

do you know what i love the most in my life?

nothing can ever beat my list of friends, books i read, music i heard and lovely family that i had. yes, i love them all.i tried everyday not to hate anyone of this. just hate their behaviors, but don't hate them totally. i know, someone outside there that hate how i behave. yeah.. because, no one perfect right.

sometimes, i just don't understand why some people really hate their friends, or boss, classmate or anyone they meet. i can't do that. i can't hate anybody. i tried to hate my school friends when i was high school, but it seems that i can't hate them even he/she is my enemy.

i just love them. i mean, i don't want to hate anybody, because i think it sucks  to hate people. why can't we just forget all the things that he/she had done to us, and forgive them? why is it so hard for some people? we are human and not somebody from mars or pluto or whatever planet is it in the universe. human needs to forgives and forget others people mistakes. only forgives and forgets that can make our lives more meaningful.

why is it so hard to love?
just love everybody and everything around us.that's the key for better life.



December 4, 2011

Kembali Kepada Alam

    
melompat lebih tinggi...

pertama kali aku keluar dengan mereka.

matahari mula membenam

matahari petang

yang hanya terlintas difikiran.

November 18, 2011

Penghujung

assalamualaikum dan salam satu Malaysia.

Pertama sekali aku nak ucapkan tahniah buat pasukan harimau muda kerana telah mempamerkan aksi yang cemerlang sepanjang perlawanan akhir kumpulan A menentang Indonesia malam tadi. bersemangat habis aku bersorak depan tv dengan housemate aku.hehehe...harap-harap pasukan kita menjuarai lagi perlawanan bola sepak kali ini. tahniah sekali lagi wahai harimau muda.

kedua, aku nak mengucapkan takziah buat kawan sekelas aku iaitu Gugan yang baru sahaja kehilangan ayah dia semalam. kesian Gugan, dah lah nak jawab final exam tapi ayah dia meninggal pula pada saat-saat genting macam ini.. ajal maut di tangan  tuhan, harap-harap beliau tabah hadapi semua ini.

ketiga, aku nak cakap, glee musim ketiga dah masuk episod ke-6 tapi aku baru dapat tengok satu episod jew...waaaaaa.....bila aku nak tengok lagi nie!!!

keempat, aku dalam minggu peperiksaan sekarang. baru sahaja habis dua subjek,yang boleh tahan susah. aku tak dapat agak keputusan yang bakal aku terima nanti. tapi harap-harap biarlah keputusan yang baik supaya aku dapat naik pentas ambil diploma sambil senyum depan kamera dan abah dan emak tersenyum bangga kat bawah ditempat duduk ibubapa.aku harap aku berjaya.

kelima, keputusan upsr dah keluar. aku tak tahu apa keputusan upsr Adib. (malas nak call sebenarnya,hehehe)

keenam, aku tak tahu nak tulis apa lagi.hahaha

sekian terima kasih!

October 29, 2011

MESIN AMBIL GAMBAR

HEY BABE!

beberapa bulan yang lepas, aku beli kamera, dan kamera ini adalah kamera pertama aku.hehe. disebabkan seorang kawan, aku minat pada fotografi..dan  aku jatuh cinta dengan kamera lomo ini. walaupun ada sesetengah orang cakap kamera ini kuno, oldschool dan ntah pape lagi, tapi minat punya pasal, aku tak kisah pun dengan semua tuh..


HOLGA tuh kamera aku, yang lagi dua tuh, kawan aku punya.hehe



holga aku nie tak pakai bateri tau.huhu.sangat senang, tak payah nak fikir pasal habis bateri, cuma kena fikir pasal habis filem jew..huhuhu

Adele - Someone Like You

ADELE

salam..

sekarang ini ada berlaku perubahan pada diri aku.perubahan dari segi minat dan citarasa yang tak boleh dijangka..haha.

ok , sebenarnya macam nie, aku nie kalau nak diikutkan tak minat sangat dengan lagu yang slow macam jazz dan balada.. tapi disebabkan seorang artis nie, aku terus minat kat lagu-lagu yang rentak macam nie (mungkin sebab vokal aku sangan sesuai dengan lagu yang macam nie kowt..hahahahaha)



ADELE

ADELE THE GORGEOUS!

Disebabkan lagu Chasing Pavement, aku terus minat kat dia. hahahaha.. penangan satu lagu je tuh. anyway, bagi aku dia seorang yang pandai sebab dia teror buat lirik, dan semua lirik dia sangat 'meaningful' kepada aku. satu lagi, dia punya vokal sangat mantap dan tip top gitu!










October 22, 2011

Light up a little life!

Light up a little life!: Yayasan Sunbeams Home is a place that sheds light to underprivileged children in Malaysia. Having homed the displaced, misplaced, abused and neglected children of single parents since 1995, Sunbeams is the beacon of hope for children that long for a bright future.With several homes, daycare centres, learning centres and a feeding ministry set up within Malaysia, Sunbeams meets the daily needs of children at a feat of RM 80,000 per month. Depending on the support of people like YOU, Sunbeams hopes to provide more and reach more underprivileged children in Malaysia through their wishes to expand. With a current RM 1.5 million renovation plan that caters to 100 children, your monetary donation, large or small will be greatly appreciated. If you are interested in helping out in other ways, do consider donating items, offering your time, service, or even spread the word of the amazing work in place. Every little bit helps.

Petronas Deepavali Ad 2011

Petronas Deepavali Ad 2011: The journey to creating a better life, begins within us.It's the passion and determination to pursue something worthwhile.It's the dedication and effort to toil through challenges in our lives that ultimately makes our lives better.This commercial embodies that spirit, of the hardships and work that we put into providing for our loved ones.It's the mutual feeling of togetherness and the unbreakable human spirit that drives us to do our best.This is the light within all of us.May that light continue to burn bright.Happy Deepavali.

October 13, 2011

TAK COOL LAH!

sila ambil perhatian!berikut adalah perkara-perkara yang paling tak cool jika dilakukan:


  1. membazir  elekrik.tak reti-reti nak tutup kipas dan lampu atau perkakas elektrik lain yang tidak digunakan.huh!kalau parents ada duit berjuta-juta pun akan bankrap kalau dapat anak yang macam ni.
  2. tak reti nak cakap terima kasih bila orang beri bantuan.
  3. tak reti nak cakap 'tolong', 'please' jika meminta bantuan orang lain.ingat orang lain tu kuli kau ke ha??
  4. merosakkan harta benda awam.kau paling benci vandelisma!kerajaaan sediakan kemudahan untuk orang lain guna.bukan kerajaan sediakan semua tu untuk kau jahanamkan!
  5. buang chewing gum merata-rata.aku rasa korang pun tahu kenapa.

Puisi Jiwa


tenang
suram
kelam
sunyi kini bertakhta di hati
gembira 
riang
hilang entah kemana.
dalam diam aku hanya rindu dia.
yang buat aku terjatuh tak sengaja.
mendalam perasaan ini,
umpama dalamnya lautan di bumi.

September 12, 2011

Sedang Rindu

aku sedang rindu dengan mereka
aku ingin berada disamping mereka
aku sedang teringat kenangan dengan mereka.
tapi aku tak mampu berbuat apa, untuk aku tunjukkan pada mereka.
aku rindu. 

September 11, 2011

Hati yang PARAH

sakit.itu yang aku rasa tanpa mampu untuk aku luahkan dengan kata-kata.
ini bukan madah semata.aku tak mampu untuk tidak sakit.
sebab aku juga manusia, bukan robot.sedangkan doraemon pun robot berperasaan inikan pula manusia biasa macam aku.lagi luka aku dibuatnya.
terima kasih kerana buat aku begini. terima kasih!

Selamat Hari Raya!

salam..
lama tak update blog nie.ini semua gara-gara masa yang tidak mengizinkan dan juga sikap malas yang menguasai diri..huhu..
rasanya masih belum terlambat untuk aku mengucapkan selamat hari raya aidilfitri dan juga selamat hari merdeka buat semua teman-teman yang membaca blog tak seberapa ini..dengan rendah diri aku ingin memohon ampun dan maaf atas segala kesilapan dan kesalahan yang telah aku lakukan sepanjang aku menulis blog ini..manalah tahu ada yang makan hati ke..aku tak tahu hati korang macam mana kan..so sekali lagi aku minta maaf banyak-banyak dan harap korang dapat sambut raya kali ini dengan penuh kemeriahan dan kegembiraan.insyaallah.di samping itu, aku juga ingin mengucapkan selamat hari merdeka buat negaraku Malaysia yang tercinta ini.sudah 54 tahun kita merdeka,semoga segala kejayaan dan kecermerlangan serta kemajuan dan keharmonian negara ini dapat dikekalkan buat generasi akan datang. saranghae Malaysia! saya bangga jadi anak Malaysia!

August 20, 2011

Zahiril Adzim: diam di kediaman

Zahiril Adzim: diam di kediaman: Peralihan malam ke siang. Separa malam separa siang. Aku diam. Terkenang. Bunyi yang paling tepat untuk telinga aku saat ini ialah diam. Di...

countdown

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

eh... dah nak raya lah!

August 19, 2011

siap sudah

assalammualaikum

akhirnya proses merobek, mengoyak, mengecat, welding, rivet, touch up selesai juga. kali ini lebih puas hat kerana hasil kerja tangan sendiri. hasil kerja tangan kiri yang bengkok yang baru sekarang aku sedari. penat lelah  menahan diri daripada mencarut akhirnya berbaloi..

p/s: banner gua buat sendiri beb, cuti semester 2 bulan dihabiskan untuk membuat karya teragung itu.yeah! (benda simple je padahal)

kemuk remuk

kecamuk
rindu
mengantuk
bau durian
petang yang pening
dan
baju yang banyak tak terbasuh.
aaarrrrgghhhhhhhh!!

August 9, 2011

Puasa


salam.
rasanya tidak terlewat lagi untuk aku mengucapkan selamat berpuasa. semoga ramadhan kali ini lebih bermakna dan lebih diberkati buat kita semua. insyaallah.

July 12, 2011

telefon tangan rosak

aku sedang rasa terkilan.
aku tak tahu nak cakap apa
sudah tiba masa kau pergi jua
terima kasih kerana bersama aku
selama dua tahun ini.

terima kasih wahai telefon tangan yang dirindui.

July 7, 2011

A Beautiful Description of Paradise | iluvislam.com + discover the beauty of islam

A Beautiful Description of Paradise | iluvislam.com + discover the beauty of islam

tidur petang

inilah akibatnya apabila anak dara berjiran dengan bujang-bujang yang comel dan hensem.

aku tidur petang tadi.(ewwww..tidur pun nak cakap ka?). ok,nak cakap lagi,aku tidur petang tadi.di petang yang aman damai dengan cuaca yang agak baik dipetang macam ni memang agak rugi kalau tidak manfaatkan masa yang terluang dengan tidur.hehe

tidur punya tidur punya tidur...akhirnya aku bermimpi:

dalam mimpi tu,aku tak tutup sliding door masa tidur. dah la aku tidur kat ruang tamu. tak tutup sliding door pulak tuh,teruk nya perangai..

lepas tu, datang salah seorang jiran yang hensem tadi,dengan penuh prihatin,tolong tutupkan sliding door rumah aku. masa dia tutup tuh,aku tersedar.ketika itu,malu nya perasaan ini hanya tuhan je yang tahu.hehe.tapi lepas tu,aku tidur balik.buat-buat tak sedar yang jiran rumah sebelah tutupkan pintu.(malu bangat kalau dia tahu yang aku tersedar dari tidur!)

lepas tu, aku tersedar dari tidur yang tak berapa nak panjang tu.aku nampak chomel sedang berusaha dengan jayanya membuka sliding door yang bermasalah tu.

hehe.chomel yang bukak pintu tapi aku mimpi jiran sebelah tutup pintu.hoho.macam mana tuh?
bunyi sliding door dah mempengaruhi tidur aku.hohoho.apa dah..

8 Things To Learn | iluvislam.com + discover the beauty of islam

8 Things To Learn | iluvislam.com + discover the beauty of islam

semester baru

salam

akhirnya,dapat juga aku mendaftar semester baru sebagai seorang senior!(senior la sangat).haha.
penat tau.terpaksa aku tunggu sejam, barulah boleh mendaftar. yang tak best nya,ramai sangat perempuan! huh..rimas. ni semua gara-gara JP daftar serentak dengan JKM.haiyo...

tak kisah la tu, yang penting aku dah daftar,dan sampai hujung sem, nama aku tak keluar dalam banner yang besar mengatakan aku tak bayar yuran. haha.

July 5, 2011

penat

penat
sangat penat
terlalu penat
tapi dalam penat ada rajin
rajin bila dibawa shopping

perempuan
penat macam mana pun
kalau sebut pasal shopping
terus penat hilang

aku pun begitu.

aku penat
tapi aku rajin

faham tak???

July 3, 2011

ketika ini

hujan
suara angin menderu
pejalan kaki
wanita tua
guruh mengaum
gelap seketika

aku hanya mampu sembunyi diri

twitter

dulu aku pernah buka akaun burung tu, tapi disebabkan macam tak best,so aku tutup akaun twitter tu. sekarang aku buka lagi sekali akaun burung tu.hehe.



kalau ada twitter,sudi-sudikanlah follow saya.huhu

CUTI SUDAH TAMAT

sudah tamat. the end.
percutian di kampung halaman selama dua bulan sudah tamat. masa untuk mencairkan semula otak yang telah membeku akan bermula tak lama lagi. semua perasaan bercampur baur. rasa teruja + takut + malas . semua itu ada. LINDA kau mesti menghadapi dengan tenang semester ini. yeah! sem yang bakal menguji tahap kesabaran dan kekreatifan sebagai pelajar semester akhir. kita boleh lakukannya. kawan-kawan,kita lakukan yang terbaik kali ini. MESTI.

Maaf

hai, maaf blog sebab kau telah ditinggalkan selama 2 bulan. kesian kau,terabai disebabkan aku. ini semua tidak disengajakan. beberapa kesulitan telah berlaku hingga menyebabkan aku tidak dapat update blog ini. maaf sekali lagi wahai blog, intan payung batu permataku.

April 28, 2011

Kawan Lama

assalammualaikum,
jam aku sewaktu menaip entry ini menunjukkan pukul 3.28 pagi. waktu yang agak lewat untuk aku menulis blog aku rasa. fikiran aku sekarang sedang menerawang mencari idea macam mana nak cari seorang kawan yang aku dah kenal sejak kecil lagi.dulu kami selalu main sama-sama. kami dah lost contact sejak sekolah menengah lagi. pernah kami jumpa beberapa kali,tapi lepas tue, dia hilang tanpa khabar berita. aku tak ada idea macam mana nak cari dia.dah lama aku cuba nak cari dia.entahlah,mungkin belum tiba masanya tuhan izinkan kami bertemu. nama kawan aku nie amirah. nama penuh dia noor amirah noor azman.mak dia seorang cikgu,dan aku ingat lagi,masa darjah satu dulu,mak dia lah guru bahasa inggeris kelas aku.dulu aku selalu main-main kat rumah dia.sebab rumah dia tak lah jauh sangat dengan rumah aku.dia pun sama.kalau dia nak ambil adik dia dari sekolah,dia akan singgah kat rumah aku dulu.sebab rumah aku dekat dengan sekolah.selalu jugak kami main lawan-lawan dalam bab belajar nie.selalu nak lawan siapa boleh dapat nombor satu dalam kelas masa sekolah agama.haha.indahnya masa tuh.serius,aku sangat rindu waktu itu.sangat! masa kami sekolah rendah,kami selalu pergi raya dengan kawan-kawan yang lain.aku ingat lagi,kami pakai skirt masa pergi raya (almaklumlah kecik lagi masa tuh).hahaha,bila tulis entry nie,aku rasa macam nak balik semula ke zaman sekolah rendah dulu.aku ingat lagi,mira pindah masa kami sekolah rendah,masa tu kalau tak silap,kami nak ambil peperiksaan UPSR. aku dengan halidah,antara orang yang sangat sedih bila mira pindah.serius!aku sedih gila,tapi aku tak tahu macam mana nak tunjukkan betapa sedihnya aku waktu tuh. aku cuma diam,sembunyikan kesedihan tue.dalam hati tuhan jew yang tahu.mira mana kau sekarang?

April 24, 2011

Aku tak tau nak bagi tajuk apa.

salam

sekarang nie musim peperiksaan akhir.ramai yang sibuk study hard semata-mata nak dapat result yang cemerlang masa result keluar nanti.aku pun tak terkecuali,tapi aku tak la 'hard' sangat nak study macam kawan-kawan aku yang lain.serius aku katakan,kadang-kadang aku takut tengok kawan-kawan aku semua study bagai nak gila, aku pulak boleh duduk rilek mengadap laptop layan facebook, youtube dan blog. pewh! muka tak bersalah je aku bila kawan-kawan aku semua study aku pulak buat benda lain. gila betul kau nie linda. sesuka hati kau jew malas nak baca buku! dah tolong tutup blog ni dan baca buku sekarang!

April 22, 2011

Terima Kasih Cik Nazatul!

salam buat semua warga bumi!

alhamdulillah,akhirnya berjaya juga aku 'mengoter' blog yang dah lama terbengkalai nie.semua ini hasil cik naz yang telah bersusah payah membanting tulang untuk mengedit blog aku nie.hehehe..thanks naz!love you so much!

April 20, 2011

exam!

salam.
lama benor rasanya den tak post kat sini.huhu.
ok anyway,rasanya banyak blog yg aku tengok semua cerita tentang final exam.wah!masing2 semangat + takut nak ambil final exam kan..hehe..
aku pun tak terkecuali,kalau gagal,habislah aku,waaa...harap2 perkara tuh dijauhkan lah,.ok bagi korang yg menduduki peperiksaan dan yang bakal ambil exam,good luck to you guys!do the best for your parents,family and for yourself ok!

March 25, 2011

cerita komik

ini cerita tentang zaman sekolah aku dulu..pejam celik pejam celik,tak sangka dah lama betul aku tinggalkan zaman sekolah.cerita ini tentang salah satu aktiviti paling aktif aku lakukan masa sekolah dulu,iaitu baca komik!

hehehe.bagi peminat manga dan komik-komik yang sewaktu dengannya, tentu banyak yang korang tahu pasal komik nie.tapi jangan tak tau,ada juga orang yang tak reti baca komik!
how come ha??
aku pernah jumpa orang macam nie,dan ternyata kawan aku yang seorang nie tak tahu bagaimana nak baca komik dari jepun yang dah translate ke bahasa melayu.pada masa itu,

'oh!sedihnya aku dengan kau nie!'
'what era are you ha?'

macam tue la perkara-perkara yang terbit di dalam kepala otak aku nie.tak sangka aku ada kawan yang tak reti baca komik.nampaknya mereka nie terlalu banyak buku ilmiah di rumah sampai tak ada masa untuk mereka membaca bahan bacaan yang ringan macam nie.huhu.

sebenarnya,membeli dan membaca komik nie masih aku lakukan sampai sekarang.baru-baru ini,aku beli 5 buah komik sekaligus sebab bosan tahap gaban kat rumah.sebagai akibatnya,banyak duit aku habis kat situ.huhuhu.tapi aku tak kisah pun kan..dah minat,nak buat macam mana.

masa aku tingkatan 4 dulu,aku sangat minat pada satu siri komik nie.tajuk dia DAN DETECTIVE SCHOOL atau nama lainnya, TENTEI SCHOOL Q.aku terjebak dengan komik detektif nie pun gara-gara akak angkat aku.kalau tak,aku pun tak kenal dengan komik detektif yang satu nie.hero dia seorang yang genius dan mempunyai IQ yang sangat tinggi.tapi aku tak sure kalau IQ dia lagi tinggi dari Enstein.hehe.jalan cerita komik ini agak 'complicated' sikit.so kena banyak bersabar bila baca komik nie

tapi dalam banyak-banyak watak,aku paling minat dengan RYU AMAKUSA.hehehe.dia seorang yang handsome dan jambu+sentiasa kelihatan cool.


watak-watak dalam DDS(ryu amakusa yang rambut biru tu,hensem tak?huhu)

tapi ada orang pernah pertikaikan,
"lukisan komik pun ada hensome tak hensome ke?,kan lukisan jew,bukan orang betul pun".

bila aku dengar orang tue cakap macam nie dan setelah otak aku menghadam setiap bait perkataan yang diutarakan, aku hanya mampu tersenyum.:)

dalam hati aku hanya mampu berkata:
kau tak pandai menilai lukisan komik,kau tak tau apa itu ekspresi yang cuba disampaikan,kau tak boleh membaca riak wajah,dan patut pun kau tak pandai baca komik!nak baca komik pun terbalik!apa punya turr..

tue jew la yang aku mampu ucap dalam hati,tak mampu aku ucapkan kat depan dia,maklumlah kita perlu jaga hati orang lain kan...

berbalik pasal komik tadi, kadang-kadang ada orang yang hairan kerana aku boleh ketawa bila baca komik.
itu pun nak hairan ke??dah cerita komik tu ada selitkan unsur humor,salah kew kalau aku ketawa?
mungkin dalam hati diorang ingat aku nie gila kowt?hahaha..

hello........aku baca komik sebab aku nak hilangkan segala bebanan yang membelenggu kepala otak aku ini!

aku tak faham bila ada orang kata baca komik hanya membuang masa+buang duit+tak ada moral yang boleh kita pelajari dalam komik nie.

bagi mereka yang mempunyai fikiran sedemikian saya harap anda dapat mengubah pemikiran anda dengan segera.sila baca sebuah komik dahulu sebelum anda menilainya..

kalau nak ikutkan,sebenarnya banyak benda yang boleh kita pelajari dalam komik nie,terutama tentang kehidupan.macam baca novel juga,yang baik kita ambil,yang tak baik tue tinggal belakang la.bukan tue jew, dengan grafik yang menarik,sebenarnya lagi mudah kita nak faham sesuatu cerita yang nak disampaikan tu.ingat,penulis komik tak akan buat cerita yang sia-sia dan bukan-bukan.mereka pun ada agenda bila melukis dan menulis komik ini.mereka ini nak hiburkan pembaca jew,bukan merosakkan moral pembaca.
so,aku harap,bagi mereka yang selalu banned orang yang baca komik ni,fikir-fikirkan kembali apa aku cakap.
jangan nak banned orang suka-suka hati jew!


Berakhirnya 4 hari

alhamdulillah syukur!
akhirnya,empat hari yang perit berlalu juga.segala bebanan dalam kepala hilang lepas jawab soalan engineering design tadi.minggu nie,minggu paling penuh denga ujian dan kuiz.sabar jew la.
kalau tak kerana dek tertunda berkali-kali dah lama ujian nie semua habis tau.
apa-apa pun akhirnya,kesukaran minggu ini berakhir juga.
peperiksaan akhir sem pula menanti!
ganbatte linda!

March 20, 2011

bil eletrik

salam sejahatera semua

bil elektrik baru je tiba tadi..dan jumlah yang perlu dibayar tersangatlah banyak!rasa nak pengsan bila tengok bil tadi..oh tidak!sekarang nie kita perlu berjimat cermat,dan kurangkan penggunaan elektrik,tapi macam mana bil nak kurang kalau ada 4 buah laptop yang ON sepanjang hari..oh tidak!!macam mana nie!!

March 6, 2011

I AM NUMBER FOUR

hari ini aku pergi tengok wayang setelah sekian lamanya aku tak tengok wayang..hehehe.nasib baik ada kawan kaki wayang yang aku boleh katakan tak akan mengecewakan kalau ajak pergi tengok wayang.mesti dia kata boleh punya.hehehe..ok disebabkan aku nak sangat tengok cerita I Am Number 4 dengan 127 hours, jadi kitorang pun ambil keputusan,kita tengok dua-dua filem.yeah!i LIKE that! Dah lama tak tengok dua filem sekaligus. huhu

pertama sekali,fasal I AM NUMBER 4.

pasal makhluk asing yang terpaksa tinggalkan planetnya untuk selamatkan diri, nama betul beliau FOUR, tapi bila dia kat bumi, identiti dia jadi JOHN SMITH. huhu..dia macam manusia cuma dia ada kuasa luar biasa. di bumi,dia ditemani oleh penjaga bernama ...tettt..(aku tak ingat)..penjaga nie la yang jaga John dari kecil sampailah dia besar. dalam usaha diorang nak larikan diri, John terjumpa dengan sorang awek yang cun satu sekolah dengan dia. nama dia Sarah. John juga ada seorang kawan bernama Sam, seorang nerd yang sukakan makluk asing, macam bapa dia, tapi dia nie selalu kena buli, cuma John nie je sorang yang kawan dengan dia. Ayah Sam nie da hilang beberapa tahun dulu dalam usaha mengesan makluk asing. Ok, nak tahu cerita selanjutnya,tengok sendiri kat wayang.huhuhu


poster I AM NUMBER FOUR



 si kacak nombor 4


diana agron a.k.a sarah dalam cerita ini.dia sentiasa dengan kamera NIKON dia.aku minat dia sejak cerita GLEE lagi..huhu


Sam yang nerd dan suka dengan makhluk asing


Number Six dengan DUCATInya. gila gempak minah nie..

antara babak-babak menarik:


huh..kalau den jadi polis tue,dah lama den pengsan..


tangan I ada spotlight,U suka tak??


sesuka hati dia je nak bom rumah orang..


yarghhhhhh!

oh,sebelum terlupa,cerita ni  adalah diadaptasi dari novel  sci-fi I AM NUMBER FOUR. pandai betul penulisnya buat cerita.

untuk 127 hours, aku akan post untuk entry akan datang..
daa......




Nikmat

aku rasai dinginnya malam
aku rasai kelajuan 
aku nampak cahaya benderang
aku nampak zon perangkap halaju
aku hidu bau asap
aku rasai kegelapan malam.
aku depangkan tangan 
aku rasai semua
sekeliling aku

March 4, 2011

TANPA TAJUK 2

baiklah disebabkan aku mengalami sindrom kebosanan sekarang ini,jadi aku mengambil keputusan untuk pos lagi benda-benda yang ada dalam otak aku sekarang nie.

ini untuk orang-orang yang telah banyak berjasa,dan menjadi orang kesayangan aku, yang tak perlu aku nyatakan namanya.



hehe..

dan buat mereka-mereka yang bosan,kita layan kartun nie jap



 oops!  hahaha

ini hanya untuk hiburan semata..

dan gambar nie plak spesial buat kaum adam



belajar-belajarlah hargai kaum hawa.huhuhu

adios!

Kenapa aku suka laptop aku?

Kenapa aku suka sangat dengan laptop ini walaupun laptop aku bukan laptop Apple.


JAWAPANNYA:


jeng jeng jeng....!!!


yeah!

korang la peneman kala suka dan duka 



(walaupun korang tak ada kat sebelah aku sekarang nie)

hehehe

cuci mata


kau buat aku rasa sihat dan kuat!





GEMBIRA

CARILAH KEGEMBIRAAN DENGAN CARA KAU SENDIRI.KEGEMBIRAAN KAU BUKAN ORANG LAIN YANG TENTUKAN.

FIKIR



ada orang tanya aku:

apa nak buat lepas diploma ni?

aku jawab:

kalau aku dapat kerja kat UMW atau syarikat-syarikat besar yang lain,aku go on dengan kerja aku.
tapi kalau aku tak dapat kerja lepas grad, aku sambung ijazah.

lepas tu orang tue tanya lagi:

kahwin?

aku jawab:

aku tak bersedia untuk kahwin,aku nak kumpul harta,nak kukuhkan ekonomi aku dulu.

kemudian orang tu diam.

 tak tanya lagi dah.

aku pun diam jugak.

malas nak cerita panjang-panjang.

February 21, 2011

cerita jepun

kabare!
hari nie aku habiskan masa yang depan laptop mengadap drama-drama korea dan jepun.sekarang nie aku nga melayan BUZZER BEAT.hehe. hero tak la sehensem mana pun tapi dia KAWAI(sebut KA-WA-I) atau dalam bahasa melayunya COMEL..hehe.aku tak tau la sejak bila aku mula addict dengan drama-drama korea dengan jepun nie semua.tapi seriously,cerita yang mereka buat mungkin genre sama jew,tapi cara pengolahan diorang berlainan.so,tak heranlah kan kenapa orang-orang malaysia nie pun suka tengok cerita korea dengan jepun nie. lagi satu,tempat pengambaran yang diorang buat drama pun cantik-cantik belaka kawasannya.so,bagi kita yang tak dapat nak pergi melancong  kat luar negara nie,dapat tengok kat TV,DVD or download kat internet jadi la kan. aku rasa dah mencukupi kan.huhu.anyway.cerita pasal korea dengan jepun nie,aku suka sangat dengan 
  SUPER JUNIOR dan GIRL'S GENERATION.haha.serius,minat giler aku dengan diorang.mungkin sebab diorang nie terlalu 'GORGEOUS' kowt.haha.

February 19, 2011

DATING

KABARE semua.

haha,aku cuma nak cakap,ada orang ajak aku LUNCH! dalam otak korang mesti pikir macam nie kan. ek'eleh orang ajak pergi lunch pun nak kecoh! haha.anyway,suka hati aku la nak tulis apa.haha. bukan apa,sejak dua menjak nie, jarang orang ajak aku g 'ngedate' so, rasa macam seronok yang amat bila ada orang ajak keluar makan,padahal keluar makan tue apa la yang best sangat kan. bagi aku,ia istimewa,sebab BFF aku yang ajak keluar.so, mestilah seronok kan!.huhu.
oklah tak da benda aku nak cerita lagi.papai semua.

February 18, 2011

USIA 15

aku tak tahulah kenapa daripada semalam aku asyik ingat kat zaman sekolah aku.mungkin sebab banyak sangat kenangan kowt!hahaha.

ini cerita tentang aku masa aku berusia 15 tahun.

ceritanya bermula begini.


  1. aku jadi pengawas sekolah.
  2. aku jumpa seorang kawan baik bernama Ain Amirah.
  3. aku main gamelan buat kali terakhir.
  4. aku mula sukakan lagu-lagu bahasa inggeris sampai buat koleksi lirik lagi.(ni cara aku belajar bi)
  5. aku jadi ketua dorm.(aku duduk asrama)
  6. aku ambil peperiksaan PMR.
  7. masa ni aku suka tidur dalam kelas.
  8. aku agak obses dengan anime masa ini.
  9. aku mula beli komik dan kumpul banyak-banyak.
  10. aku single tau masa nie.sekarang pun single juga.
itulah antara ceritanya. sebenarnya banyak lagi kenangan kalau nak ingat balik kan.hahaha.
tapi secara jujur aku sangat rindu dengan zaman sekolah tau.kalaulah masa boleh putar balik(sangat klise) mesti aku nak ulang balik zaman ini.

Waiting for the End (Official HD)






Linkin Park: Waiting For The End Lyrics

This is not the end
This is not the beginning,
Just a voice like a riot
Rocking every revision
But you listen to the tone
And the violent rhythm
Though the words sound steady
Something empty's within 'em

We say Yeah!
With fists flying up in the air
Like we're holding onto something
That's invisible there,
'Cause we're living at the mercy of
The pain and the fear
Until we dead it, Forget it,
Let it all disappear.

Waiting for the end to come
Wishing I had strength to stand
This is not what I had planned
It's out of my control....

Flying at the speed of light
Thoughts were spinning in my head
So many things were left unsaid
It's hard to let you go...

(Oh!) I know what it takes to move on,
I know how it feels to lie,
All I wanna do
Is trade this life for something new
Holding on to what I haven't got

Sitting in an empty room
Trying to forget the past
This was never meant to last,
I wish it wasn't so...

(Oh!) I know what it takes to move on,

[ From: http://www.metrolyrics.com/waiting-for-the-end-lyrics-linkin-park.html ]

I know how it feels to lie,
All I wanna do
Is trade this life for something new
Holding on to what I haven't got

What was left when that fire was gone?
I thought it felt right but that right was wrong
All caught up in the eye of the storm
And trying to figure out what it's like moving on
And i don't even know what kind of things I've said
My mouth kept moving and my mind went dead
So, picking up the pieces, now where to begin?
The hardest part of ending Is starting again!!

All I wanna do
Is trade this life for something new
Holding on to what i haven't got...

This is not the end
This is not the beginning,
Just a voice like a riot
Rocking every revision
But you listen to the tone
And the violet rhythm
Though the words sound steady
Something empty's within 'em
(Holding on to what i haven't got)

We say Yeah!
With fists flying up in the air
Like we're holding onto something
That's invisible there,
'Cause we're living at the mercy of
The pain and the fear
Until we dead it, Forget it,
Let it all disappear
(Holding on to what i haven't got!)


CAMPAIGN

MARI KITA MAIN GAME.
SILA TEKAN URL DIBAWAH.
TERIMA KASIH.
http://says.my/rockbellinda/meet-the-parents

February 12, 2011

TINGGAL SEORANG?


ha! tentu korang penah tinggal sorang-sorang kat rumah kan? so,apa perasaan korang masa tue?
seram?takut?menggigil-gigil?atau tak ada perasaan?kalu korang tanya aku,jawapannya adalah aku tak ada perasaan bila duduk rumah sorang-sorang. bukan nak berlagak berani,tapi kenyataan.so kat sini aku nak bagi tips bagi mereka yang kerap tinggal sorang ataupun memang tinggal sorang kat rumah.tak kisah la sama ada korang da biasa atau pun tak,tapi diharap tips-tips ini dapat membantu korang bila tinggal kat rumah sorang nanti.


  1. pastikan pintu pagar,grill dan pintu keluar rumah anda dikunci sentiasa.
  2. waktu malam,jangan lupa membuka lampu luar,lampu dapur dan lampu ruang tamu anda dibuka bagi menunjukkan bahawa rumah anda ada orang.jadi,taklah rumah anda jadi sasaran pencuri nanti.
  3. buka radio atau tv kuat-kuat biar orang ingat rumah anda ramai orang.
  4. baca ayat-ayat alquran banyak-banyak kalau taknak diganggu dengan benda tak sepatutnya terutama sekali bagi yang terlalu penakut.
  5. simpan nombor jiran-jiran tetangga dan juga nombor penting seperti balai polis dan juga hospital berhampiran.manalah tahu kan kalau berlaku perkara tak diingini,boleh minta tolong atau laporkan kepada mereka dengan segera.
  6. kalau korang kaya,pasang cctv kat umah.manalah tau ada orang usha2 rumah korang ke,nak skodeng korang ke,so kenalah siap sediakan.
so macam mana?ikut korang la nak follow tips ini atau pun tak.demi keselamatan diri pastikan tips nombor satu diikuti.yang lain-lain tue,tak payah pun tak pew kowt.hehe.oklah sekian untuk bebelan hari ini.


p/s:dapat ilham tulis benda nie sebab tinggal sorang kat rumah sekarang ni.huhu

February 9, 2011

MENJATUHKAN DAN TERJATUH

Apa yang kau faham dengan perkataan ini?

TERJATUH adalah perbuatan yang tidak disengajakan,tetapi MENJATUHKAN adalah perbuatan yang disengajakan.

Antara TERJATUH dan MENJATUHKAN, yang mana kau akan pilih jika kau diberi peluang untuk memilih?
.
MENJATUHKAN air muka orang lain,
MENJATUHKAN air muka ibu bapa kita sendiri, dan
MENJATUHKAN air muka sendiri melalui perbuatan yang tidak sepatutnya dilakukan dan memalukan diri sendiri.
Tetapi tidak ramai yang memilih untuk menjatuhkan air muka sendiri melainkan perasaan malu yang ada dalam diri sudah hilang sama sekali.

TERJATUH akibat kesilapan langkah,
TERJATUH akibat kecuaian,
TERJATUH kerana leka.

INGATLAH wahai teman,JANGAN sesekali kau MENJATUHKAN air muka keluarga kau, MENJATUHKAN kawan-kawan kau, KERANA perbuatan kau hanya akan MENJATUHKAN air muka kau!

ELAKKAN diri kau dari tersilap langkah,walaupun boleh kau perbetulkan langkah kau itu.(untung kalau boleh betulkan!)
ELAKKAN diri kau dari kecuaian,kerana kecuaian mengundang bala dan derita
ELAKKAN diri kau dari terleka,kerana leka hanya memudaratkan kau.

p/s:berhati-hati dengan setiap langkah diambil.segala keputusan yang kau lakukan pada hari ini akan menentukan siapa kau pada masa akan datang.



February 6, 2011

Kembali

salam sejahtera semua.

akhirnya,setelah lama aku tak update,dapat juga aku update hari ini.pertama aku mahu mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua yang ucapkan selamat hari lahir pada aku seminggu yang lepas.pada hari aku menulis entri ini,genaplah umur aku 21 tahun 7 hari.huhuhuhu. dah banyak umur aku.tak sangka pula aku sudah setua ini.21.
apa maksud umur 21 bagi kalian?ada yang kata itulah umur yang menandakan kita sudah bebas.dan segala yang kita lakukan adalah dibawah tanggungjawab kita sendiri.benarkah?
tak kisah lah apa makna 21 bagi kalian.bagi aku,umur itu merupakan permulaan usia belia kita.wah dah jadi belia!dulu remaja.hehehe..pada umur ini juga la kita da boleh mendaftar sebagai pengundi.(tapi aku sendiri belum daftar).huhu.jangan salah faham,aku bukan nak berpolitik disini.sekadar mengingatkan bahawa,sebagai belia malaysia yang prihatin,janganlah lupa tanggunggjawab kita pada negara.

sekarang aku nak cerita pula tentang isu yang melanda negara kita ini.isu apa?banjir.yeah!perkataan dan situasi yang sinonim dengan saudara mara aku yang selalu terlibat banjir.senang cerita,kalau segamat banjir,comform rumah mereka juga banjir.aku harap,semua saudara mara aku disana dan semua yang terlibat dengan banjir ini dapat mengharunginya dengan tabah dan sabar.aku tahu bagaimana situasi bila berdepan dengan banjir ini,dan aku juga pernah menjadi mangsa banjir yang tidak disengajakan.heheheh.(terpaksa menginap di sekolah tempat mangsa banjir ditempatkan sebab tolong akak bersihkan rumah dia yang terkena banjir,so secara tak sengaja aku pun jadi mangsa banjir).hehehe.selepas pantai timur dan utara,akhirnya giliran selatan pula menemui banjir.nak buat macam manakan,dah nasib.petang tadi sewaktu aku bertolak ke seremban dari johor bahru juga,kesan-kesan banjir masih dapat dilihat di kiri dan kanan jalan.kebun dan rumah orang masih lagi ada yang ditenggelami air.bersabar sahajalah.harap-harap ramai yang memberikan bantuan buat mangsa-mangsa banjir ini.

oklah,aku pun dah tak tahu nak tulis apa lagi,semoga segala kejadian yang berlaku pada sekeliling kita memberikan ikhtibar dan pedoman buat kita.wassalam.

January 22, 2011

Aku bengang dengan sikapmu

terus terang aku bengang dengan sikap sesetengah orang yang tak reti nak berterima kasih bila kita beri bantuan.bertambah bengang bila bantuan telah diberi tapi orang tu plak cerewet dan nak macam-macam.rasa macam nak bagi penampar pula pada orang yang bersikap macam nie. susah sangat ke nak cakap 'terima kasih','thank you', 'syukran', 'arigato' atau apa-apa sahaja bahasa yang penting orang yang dengar tu faham. mulut macam ada 1 tan emas sampai susah sangat nak cakap terima kasih.bila minta tolong bukan main lagi.segala-gala kata manis diucapkan.tapi bila sudah dapat pertolongan, perkataan terima kasih pun susah nak keluarkan.

kalau ada sesiapa yang tergolong dalam manusia diatas,segeralah ubah diri anda. jangan sampai orang lain tak mahu lagi tolong anda disebabkan sikap angkuh anda tu. sebagai rakyat Malaysia yang prihatin,aku sekadar hendak mengingatkan,bahawa 'bahasa jiwa bangsa'.

January 15, 2011

buku

hari ini aku nak cerita perihal buku.
kamu kenal mohd jayzuan? aku pun tak kenal sebenarnya siapa pemilik nama ini.tapi kalau kamu berminat nak tahu pasal dia,blog beliau ada disebelah bersama deretan blog-blog lain yang aku ikuti.
sekarang bukan aku nak cerita pasal dia.tapi aku nak cerita tentang buku dia.
"28 hari;jurnal rock and roll". aku jumpa buku ini dalam sebuah almari di dalam sebuah kedai buku di alamanda putrajaya yang aku rasakan agak tidak komersial letak buku itu disitu. buku itu aku temui ketika aku sedang dahagakan sebuah buku yang ringan dan tidak memeningkan kepala untuk membacanya. secara serius,aku sangat tertarik dengan buku kecil ini. dan nama penulisnya,aku tidak kenal pun ketika itu. aku ambil buku ini dan membawanya ke kaunter tanpa fikir panjang. aku tidak pernah berfikir panjang ketika membeli buku.tidak kisah apa genre sekalipun. sampai sahaja di rumah, buku itu yang aku baca dahulu sebelum yang lain. usai pembacaan, kau tahu apa aku fikir? "cool giler mamat nie.memang kerja gila yang dia buat".perjalanan 28 hari di sepanjang semenanjung malaysia tanpa kos yang banyak.mencabar bukan?siapa yang sanggup buat macam tu kalau tak ada duit dalam poket?memang kerja yang gila tapi penuh makna.penuh pengalaman.penuh warna-warni.
aku tak pernah baca tentang beliau dalam laman web mahupun surat khabar. aku tak pernah kenal nama dia.
sampailah satu hari aku membuka blog fynn jamal yang sememangnya dikenali namanya,baru aku tahu beliau adalah blogger. dan bukunya memang tidak mengecewakan aku yang mencari sesuatu yang ringan dan menyeronokkan.serius, kau memang cool.serius aku sangat kagum dengan jiwa rock and roll kau.serius!

January 14, 2011

tanpa tajuk

akal kau miliki untuk kau berfikir.
tapi kau tak salah gunakannya.
apa kau buat?
kau letak akal kau kat lutut.
bukan tempat sepatutnya.
akal kau ada untuk majukan bangsa.
tapi apa kau buat?
kau sendiri hancurkan bangsa
mata kau miliki untuk kau lihat
tapi kau salah gunakannya
apa kau buat?
kau pandang benda tak sepatutnya
mata yang ada untuk kau lihat
tentang kesusahan anak bangsa
tentang penderitaan dunia
tentang penderitaan rakyat dunia ke-3
telinga kau ada untuk kau dengar
dengar apa?
untuk kau dengar monolog jiwa
untuk kau dengar rintihan mereka yang sengsara
untuk kau ambil ikhtibar dari mereka
mulut kau ada untuk berbicara
tapi bukan hanya bicara kata-kata manis semata
mulut itu ada untuk kau bersuara
tentang keadilan
tentang penderitaan
tentang hak
tapi apa kau buat dengan mulut itu?
hanya makian yang keluar
hanya sindiran
hanya kata-kata kesat
bukan nasihat kau beri,
bukan teguran 
tangan kau ada untuk kau hulur
tapi pada siapa?
yang penting bukan pada pemberi rasuah
tangan kau miliki
untuk kau hulur pada mereka yang susah
tapi itu juga susah untuk kau hulur
kenapa?
dengarlah,lihatlah,fikirlah
semua yang ada di depan mata.
semua yang akan berlaku
semuanya
semuanya ada di tangan kau
kau yang tentukan sendiri 
kau yang berhak tentukan sendiri.
dengan cara kau sendiri 

January 9, 2011

banyak nak cakap

aku post lagi untuk kali keberapa ntah hari ini.secara serius aku rasa macam-macam benda ada dalam fikiran dan aku perlu luahkan supaya lega dan lapang sikit fikiran ini. kalau tak comform edward cullen pun belum tentu dapat baca fikiran aku sekarang ini.huhuhuhuhu

fikiran serabut 1
ok minggu ini aku menghadapi stress yang tak melampau. stress bila memikirkan projek yang perlu dibuat untuk subjek seminar yang bertemakan projek untuk masyarakat setempat. cara penyelesaian projek,pergi tempat-tempat macam rumah anak yatim,masjid,kebun, kampung nelayan dan seumpanya untuk mencari masalah yang dihadapi oleh masyarakat setempat. bunyi macam senang dan seperti bak kata pensyarah aku,banyak boleh kita buat. tapi hakikatnya,apa yang boleh kita buat? benda yang boleh dimanfaatkan dan dapat membantu kerja-kerja harian. ini baru projek dalam politeknik. macam mana pula dengan saintis dan pereka-pereka terdahulu yang telah mencipta segala benda yang ada sekarang ini. mesti mereka pun berserabut yang cipta sesuatu yang dapat menyumbang pada masyarakat dunia dari dulu sampai sekarang. dan siapa pula kita untuk tidak menyumbang pada masyarakat?tentu sekali kita boleh menyumbang sesuatu pada orang sekeliling kita juga kan. kerana kita juga ada otak untuk berfikir dan kalau kita adalah masyarakat yang prihatin tentu sekali kita akan melihat permasalahan yang sebegini. mencipta sesuatu yang ringkas tetapi dapat memberikan sumbangan yang besar.apakah itu?apa yang aku dan ahli kumpulan aku nak buat?tolongggggggggggggggggggggg!

fikiran serabut 2
perasaan serba salah yang sentiasa menyelubungi diri memang merimaskan!aku tak nak cerita lebih-lebih dalam bab ini.


fikiran serabut 3
agak-agaknya bila aku nak kaya?hahaha.belajar pun belum habis,diploma pun belum dapat inikan pula berangan nak jadi kaya!kau memang buat lawak la linda!tapi zaman facebook sekarang ini,kaya sebab bisnes internet bukan lagi sesuatu yang mustahil.tapi aku tertanya-tanya juga,tak adakah orang jual dadah guna internet??berisiko bukan?kesimpulannya,jangan bodohkan diri dengan berniaga benda-benda haram macam nie dalam internet.itu maknanya kau mencari nahas.


terima kasih

selamat hari lahir

tulisan ini ditujukan kepada seorang kakak daripada seorang adik.

wahai akakku yang tersayang,
selamat hari lahir daku ucapkan.sudah lama kita tidak bertemu,bersua muka,bergelak ketawa bersama-sama.
tapi aku sentiasa mengingatimu walau dimana aku berada.sehinggakan dalam tidur aku termimpimu. sungguh kaulah insan yang telah mengembalikan aku. supaya aku jadi aku yang dulu. diri aku hilang setelah aku kehilangan mereka dan kau yang telah kembalikan diriku semula.
selamat hari lahir sekali lagi.
semoga kau sentiasa gembira disampingnya.aku juga mengharapkan kau selalu tabah dalam menghadapi liku-liku hidup yang kau sendiri telah tahu ranjau duri yang perlu kau lalui. aku mungkin tidak bersama kamu,tapi aku sentiasa mengharapkanNya melindungi dan merahmati kamu selalu.
wahai akakku,tahukah dikau bahawa kau telah memberikan ku seribu satu kenangan yang tak mungkin aku lupakan. terima kasih atas segala tunjuk ajar yang kau berikan yang mungkin kau tak sedar itu semua.
terima kasih sekali lagi.
sekali lagi wahai akakku,selamat hari lahir,semoga kau sentiasa dalam rahmatNya.amin...

sb for kb

2011

tahun baru menjelma.


sekali lagi.


azam aku tahun ini?


menjadi insan yang lebih baik dari aku yang dulu.


aku tak mahu ulangi kesilapan yang pernah aku buat.


kau pun sama kan?


jangan ulang.


kau bodoh jika kau ulang kesilapan sama.

...

its hard for me!

forgetting you??
never!


i'm sorry i lied to you.


but my feeling for you never ends.


i'm sorry!