January 22, 2011

Aku bengang dengan sikapmu

terus terang aku bengang dengan sikap sesetengah orang yang tak reti nak berterima kasih bila kita beri bantuan.bertambah bengang bila bantuan telah diberi tapi orang tu plak cerewet dan nak macam-macam.rasa macam nak bagi penampar pula pada orang yang bersikap macam nie. susah sangat ke nak cakap 'terima kasih','thank you', 'syukran', 'arigato' atau apa-apa sahaja bahasa yang penting orang yang dengar tu faham. mulut macam ada 1 tan emas sampai susah sangat nak cakap terima kasih.bila minta tolong bukan main lagi.segala-gala kata manis diucapkan.tapi bila sudah dapat pertolongan, perkataan terima kasih pun susah nak keluarkan.

kalau ada sesiapa yang tergolong dalam manusia diatas,segeralah ubah diri anda. jangan sampai orang lain tak mahu lagi tolong anda disebabkan sikap angkuh anda tu. sebagai rakyat Malaysia yang prihatin,aku sekadar hendak mengingatkan,bahawa 'bahasa jiwa bangsa'.

January 15, 2011

buku

hari ini aku nak cerita perihal buku.
kamu kenal mohd jayzuan? aku pun tak kenal sebenarnya siapa pemilik nama ini.tapi kalau kamu berminat nak tahu pasal dia,blog beliau ada disebelah bersama deretan blog-blog lain yang aku ikuti.
sekarang bukan aku nak cerita pasal dia.tapi aku nak cerita tentang buku dia.
"28 hari;jurnal rock and roll". aku jumpa buku ini dalam sebuah almari di dalam sebuah kedai buku di alamanda putrajaya yang aku rasakan agak tidak komersial letak buku itu disitu. buku itu aku temui ketika aku sedang dahagakan sebuah buku yang ringan dan tidak memeningkan kepala untuk membacanya. secara serius,aku sangat tertarik dengan buku kecil ini. dan nama penulisnya,aku tidak kenal pun ketika itu. aku ambil buku ini dan membawanya ke kaunter tanpa fikir panjang. aku tidak pernah berfikir panjang ketika membeli buku.tidak kisah apa genre sekalipun. sampai sahaja di rumah, buku itu yang aku baca dahulu sebelum yang lain. usai pembacaan, kau tahu apa aku fikir? "cool giler mamat nie.memang kerja gila yang dia buat".perjalanan 28 hari di sepanjang semenanjung malaysia tanpa kos yang banyak.mencabar bukan?siapa yang sanggup buat macam tu kalau tak ada duit dalam poket?memang kerja yang gila tapi penuh makna.penuh pengalaman.penuh warna-warni.
aku tak pernah baca tentang beliau dalam laman web mahupun surat khabar. aku tak pernah kenal nama dia.
sampailah satu hari aku membuka blog fynn jamal yang sememangnya dikenali namanya,baru aku tahu beliau adalah blogger. dan bukunya memang tidak mengecewakan aku yang mencari sesuatu yang ringan dan menyeronokkan.serius, kau memang cool.serius aku sangat kagum dengan jiwa rock and roll kau.serius!

January 14, 2011

tanpa tajuk

akal kau miliki untuk kau berfikir.
tapi kau tak salah gunakannya.
apa kau buat?
kau letak akal kau kat lutut.
bukan tempat sepatutnya.
akal kau ada untuk majukan bangsa.
tapi apa kau buat?
kau sendiri hancurkan bangsa
mata kau miliki untuk kau lihat
tapi kau salah gunakannya
apa kau buat?
kau pandang benda tak sepatutnya
mata yang ada untuk kau lihat
tentang kesusahan anak bangsa
tentang penderitaan dunia
tentang penderitaan rakyat dunia ke-3
telinga kau ada untuk kau dengar
dengar apa?
untuk kau dengar monolog jiwa
untuk kau dengar rintihan mereka yang sengsara
untuk kau ambil ikhtibar dari mereka
mulut kau ada untuk berbicara
tapi bukan hanya bicara kata-kata manis semata
mulut itu ada untuk kau bersuara
tentang keadilan
tentang penderitaan
tentang hak
tapi apa kau buat dengan mulut itu?
hanya makian yang keluar
hanya sindiran
hanya kata-kata kesat
bukan nasihat kau beri,
bukan teguran 
tangan kau ada untuk kau hulur
tapi pada siapa?
yang penting bukan pada pemberi rasuah
tangan kau miliki
untuk kau hulur pada mereka yang susah
tapi itu juga susah untuk kau hulur
kenapa?
dengarlah,lihatlah,fikirlah
semua yang ada di depan mata.
semua yang akan berlaku
semuanya
semuanya ada di tangan kau
kau yang tentukan sendiri 
kau yang berhak tentukan sendiri.
dengan cara kau sendiri 

January 9, 2011

banyak nak cakap

aku post lagi untuk kali keberapa ntah hari ini.secara serius aku rasa macam-macam benda ada dalam fikiran dan aku perlu luahkan supaya lega dan lapang sikit fikiran ini. kalau tak comform edward cullen pun belum tentu dapat baca fikiran aku sekarang ini.huhuhuhuhu

fikiran serabut 1
ok minggu ini aku menghadapi stress yang tak melampau. stress bila memikirkan projek yang perlu dibuat untuk subjek seminar yang bertemakan projek untuk masyarakat setempat. cara penyelesaian projek,pergi tempat-tempat macam rumah anak yatim,masjid,kebun, kampung nelayan dan seumpanya untuk mencari masalah yang dihadapi oleh masyarakat setempat. bunyi macam senang dan seperti bak kata pensyarah aku,banyak boleh kita buat. tapi hakikatnya,apa yang boleh kita buat? benda yang boleh dimanfaatkan dan dapat membantu kerja-kerja harian. ini baru projek dalam politeknik. macam mana pula dengan saintis dan pereka-pereka terdahulu yang telah mencipta segala benda yang ada sekarang ini. mesti mereka pun berserabut yang cipta sesuatu yang dapat menyumbang pada masyarakat dunia dari dulu sampai sekarang. dan siapa pula kita untuk tidak menyumbang pada masyarakat?tentu sekali kita boleh menyumbang sesuatu pada orang sekeliling kita juga kan. kerana kita juga ada otak untuk berfikir dan kalau kita adalah masyarakat yang prihatin tentu sekali kita akan melihat permasalahan yang sebegini. mencipta sesuatu yang ringkas tetapi dapat memberikan sumbangan yang besar.apakah itu?apa yang aku dan ahli kumpulan aku nak buat?tolongggggggggggggggggggggg!

fikiran serabut 2
perasaan serba salah yang sentiasa menyelubungi diri memang merimaskan!aku tak nak cerita lebih-lebih dalam bab ini.


fikiran serabut 3
agak-agaknya bila aku nak kaya?hahaha.belajar pun belum habis,diploma pun belum dapat inikan pula berangan nak jadi kaya!kau memang buat lawak la linda!tapi zaman facebook sekarang ini,kaya sebab bisnes internet bukan lagi sesuatu yang mustahil.tapi aku tertanya-tanya juga,tak adakah orang jual dadah guna internet??berisiko bukan?kesimpulannya,jangan bodohkan diri dengan berniaga benda-benda haram macam nie dalam internet.itu maknanya kau mencari nahas.


terima kasih

selamat hari lahir

tulisan ini ditujukan kepada seorang kakak daripada seorang adik.

wahai akakku yang tersayang,
selamat hari lahir daku ucapkan.sudah lama kita tidak bertemu,bersua muka,bergelak ketawa bersama-sama.
tapi aku sentiasa mengingatimu walau dimana aku berada.sehinggakan dalam tidur aku termimpimu. sungguh kaulah insan yang telah mengembalikan aku. supaya aku jadi aku yang dulu. diri aku hilang setelah aku kehilangan mereka dan kau yang telah kembalikan diriku semula.
selamat hari lahir sekali lagi.
semoga kau sentiasa gembira disampingnya.aku juga mengharapkan kau selalu tabah dalam menghadapi liku-liku hidup yang kau sendiri telah tahu ranjau duri yang perlu kau lalui. aku mungkin tidak bersama kamu,tapi aku sentiasa mengharapkanNya melindungi dan merahmati kamu selalu.
wahai akakku,tahukah dikau bahawa kau telah memberikan ku seribu satu kenangan yang tak mungkin aku lupakan. terima kasih atas segala tunjuk ajar yang kau berikan yang mungkin kau tak sedar itu semua.
terima kasih sekali lagi.
sekali lagi wahai akakku,selamat hari lahir,semoga kau sentiasa dalam rahmatNya.amin...

sb for kb

2011

tahun baru menjelma.


sekali lagi.


azam aku tahun ini?


menjadi insan yang lebih baik dari aku yang dulu.


aku tak mahu ulangi kesilapan yang pernah aku buat.


kau pun sama kan?


jangan ulang.


kau bodoh jika kau ulang kesilapan sama.

...

its hard for me!

forgetting you??
never!


i'm sorry i lied to you.


but my feeling for you never ends.


i'm sorry!