hari ini aku nak cerita perihal buku.
kamu kenal mohd jayzuan? aku pun tak kenal sebenarnya siapa pemilik nama ini.tapi kalau kamu berminat nak tahu pasal dia,blog beliau ada disebelah bersama deretan blog-blog lain yang aku ikuti.
sekarang bukan aku nak cerita pasal dia.tapi aku nak cerita tentang buku dia.
"28 hari;jurnal rock and roll". aku jumpa buku ini dalam sebuah almari di dalam sebuah kedai buku di alamanda putrajaya yang aku rasakan agak tidak komersial letak buku itu disitu. buku itu aku temui ketika aku sedang dahagakan sebuah buku yang ringan dan tidak memeningkan kepala untuk membacanya. secara serius,aku sangat tertarik dengan buku kecil ini. dan nama penulisnya,aku tidak kenal pun ketika itu. aku ambil buku ini dan membawanya ke kaunter tanpa fikir panjang. aku tidak pernah berfikir panjang ketika membeli buku.tidak kisah apa genre sekalipun. sampai sahaja di rumah, buku itu yang aku baca dahulu sebelum yang lain. usai pembacaan, kau tahu apa aku fikir? "cool giler mamat nie.memang kerja gila yang dia buat".perjalanan 28 hari di sepanjang semenanjung malaysia tanpa kos yang banyak.mencabar bukan?siapa yang sanggup buat macam tu kalau tak ada duit dalam poket?memang kerja yang gila tapi penuh makna.penuh pengalaman.penuh warna-warni.
aku tak pernah baca tentang beliau dalam laman web mahupun surat khabar. aku tak pernah kenal nama dia.
sampailah satu hari aku membuka blog fynn jamal yang sememangnya dikenali namanya,baru aku tahu beliau adalah blogger. dan bukunya memang tidak mengecewakan aku yang mencari sesuatu yang ringan dan menyeronokkan.serius, kau memang cool.serius aku sangat kagum dengan jiwa rock and roll kau.serius!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.