January 9, 2011

selamat hari lahir

tulisan ini ditujukan kepada seorang kakak daripada seorang adik.

wahai akakku yang tersayang,
selamat hari lahir daku ucapkan.sudah lama kita tidak bertemu,bersua muka,bergelak ketawa bersama-sama.
tapi aku sentiasa mengingatimu walau dimana aku berada.sehinggakan dalam tidur aku termimpimu. sungguh kaulah insan yang telah mengembalikan aku. supaya aku jadi aku yang dulu. diri aku hilang setelah aku kehilangan mereka dan kau yang telah kembalikan diriku semula.
selamat hari lahir sekali lagi.
semoga kau sentiasa gembira disampingnya.aku juga mengharapkan kau selalu tabah dalam menghadapi liku-liku hidup yang kau sendiri telah tahu ranjau duri yang perlu kau lalui. aku mungkin tidak bersama kamu,tapi aku sentiasa mengharapkanNya melindungi dan merahmati kamu selalu.
wahai akakku,tahukah dikau bahawa kau telah memberikan ku seribu satu kenangan yang tak mungkin aku lupakan. terima kasih atas segala tunjuk ajar yang kau berikan yang mungkin kau tak sedar itu semua.
terima kasih sekali lagi.
sekali lagi wahai akakku,selamat hari lahir,semoga kau sentiasa dalam rahmatNya.amin...

sb for kb

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.