November 19, 2012

Istanbul aku datang

Aku bukan nak pergi istanbul tapi tu adalah tajuk movie ok.seronok.tu yang aku boleh cakap.jalan cerita yang menarik dan sinamatografi yang sangat-sangat cantik.tabik spring kepada Rafidah Abdullah kerana berjaya menghasilkan filem yang cool nie.selepas pisau cukur filem nie merupakan satu lagi buah tangan yang memang layak dipuji.tahniah kerana tidak menghasilkan filem yang hampeh.

Peace!

November 8, 2012

Akhirnya

Dia berterus terang.aku ada perasaan yang sama.tapi aku pendam dan tak meluahkan.sehingga dia yang mengaku.kau sahabat aku selama nie.tapi kau juga dah berjaya curi hati nie.terima kasih kerana tak menunjukkannya.aku bahagia.

P/s: sekali sekala bermadah apa salahnya.haha

October 15, 2012

Kerja oh kerja

Dah nak masuk tiga bulan aku kerja.tiga bulan yang mencabar tahap pemikiran dan kesabaran aku..takpe linda sikit je lagi..lepas nie kau akan comform kerja kat situ..dan harap lepas nie semuanya berjalan lancar.stress tu perkara biasa..yang penting tahu cara nak tangani stress tu.kalau tak dapat kawal alamatnya sakit jiwa lah kita..menceburkan bidang dalam programming nie bukanlah mudah..otak kena sentiasa bergerak dan kreatif..walaupun gaji aku sekarang ni berada dalam tahap yang mewah untuk fresh grad lepas diploma..tapi kalau aku tak dapat tunjukkan potensi diri aku yang sebenar tak guna juga..jadi linda kau kena usaha lebih lagi..supaya orang tak pandang rendah pada kau.ingat tu.

September 30, 2012

Hujan.kekasih.hati

Hujan.hujan ini turun pada waktu yang cerah.kala aku sedang sunyi dirumah.dari tingkap bilik aku nampak sepasang kekasih berjalan dibawah payung..di sebalil hujan ini aku hanya harap kau dapat keluar rumah dan menatap hujan ini selama mana kau mahu.aku cuma mahu kau rasai nikmatnya menatap hujan yang turun.kala hati kau sedang kecamuk.hujan ini boleh jadi pengubatnya.jika kau mahu nangis waktu itu.nangislah sepuasnya.dan hati kau akan reda.

September 15, 2012

Cinta

Tajuk nie satu yang rumit bagi aku. Cinta memang menyeronokkan tapi hati masih tak terbuka untuk terima sesiapa pun setakat nie. Tapi orang selalu salah sangka dengan aku. Bila aku baik tak semestinya aku suka. Kan buat baik tu perlu. Wahai lelaki tolonglah jangan salah faham. Aku cuma suka berkawan. Aku tekankan sekali lagi...aku cuma suka berkawan.

August 1, 2012

Jangan tak suka

Orang tua-tua selalu cakap jangan benci sangat dengan orang tu,kelak orang tu jodoh kita. Apa yang orang tua-tua nie cakap ada betulnya. Dulu masa aku sekolah,aku tak pernah fikir nak jadi jurutera atau terlibat dengan apa-apa bidang teknikal bila dah besar. Akhirnya, aku sambung belajar bidang kejuruteraan. Haha. Tulah dulu benci sangat kejuruteraan nie..sekarang kau graduan kejuruteraan. Kerja pun dalam bidang teknikal. Huhu. Sebenarnya bila kita dah membesar baru kita sedar apa sebenarnya yang lebih sesuai dengan diri kita. Masa kita kecik-kecik dulu bolehlah kita semberono memilih cita-cita..tapi bila dah besar,kecenderungan kita terhadap sesuatu itu akan lebih terserlah.

July 31, 2012

Karier

Aku dah pun tamatkan pelajaran aku kat politeknik yang tercinta itu.cewahhh..haha.sangat gembira setelah bergelar graduan.huhu.sekarang masa untuk aku mulakan kerjaya aku.aku dah pun diterima bekerja kat sebuah syarikat jepun yang terletak di johor bahru.sebagai anak jati johor aku tak rasa nak cari kerja kat negeri lain sebab kat johor nie pun banyak sangat kilang yang rata-rata menawarkan pekerjaan untuk course yang aku belajar dulu.terima kasih jobstreet atas perkhidmatan yang ditawarkan.huhuhu.aku masih lg dalam tempoh training kat kilang nie.sebagai programmer yang masih lagi merangkak banyak sangat benda yang aku kena belajar.banyak sangat!aku tak pernah pakai CAM sebelum nie.paling cikai aku pakai autocad..waaaa..so nak tak nak aku kena jugak belajar supaya aku tak menyesal nanti.ini semua untuk masa depan aku!

Aku kembali

Assalammualailum
Rasanya dah lama sangat aku tak update blog nie.sejak habis belajar hujung tahun lepas sampai la nie baru aku update.kesian blog aku.nie semua gara-gara laptop aku rosak..kalau tak comform selalu aku update blog nie..huhu.