December 25, 2010

FunFair

Satu perkara yang baru aku belajar hari ini adalah:
jangan pergi main permainan yang berpusing di funfair selepas makan!
akibatnya:muntah+pening kepala.

berikut adalah tips untuk ke funfair yang aku rasa mungkin kita lupa untuk amalkan.

  • jangan makan sebelum ke funfair.kenapa?kalau anda adalah orang yang suka mencuba segala permainan yang berpusing,adalah digalakkan anda tidak makan sekenyang-kenyangnya sampai nampak perut kamu yang buncit itu.hal ini akan menyebabkan anda muntah tak sengaja terutama bagi mereka yang mudah pening dan muntah.
  • limitkan bajet untuk ke funfair. penggunaan token dalam funfair merupakan psikologi semata-mata.kita membeli token dan bermain dengan menggunakan  token tadi. kemudian,bila kita mahu main lagi kita akan membeli lagi token terbabit tanpa kita sedari sebenarnya duit yang  keluar bagaikan coklat jatuh ke ladang gandum! penggunaan token hanyalah bagi mempengaruhi kita. lumrah manusia tidak akan menghargai token yang dibeli seperti juga orang bermain judi dan menggunakan cip.cip adalah gantian kepada duit ketika bermain judi.jadi,bagi orang yang bermain judi,mereka akan terus melabur cip tanpa menyedari bahawa yang dilaburkan adalah duit.jadi berhati-hati dengan setiap permainan yang ingin dicuba,supaya kepuasan yang didapati adalah berbaloi dengan harga yang dibayar.
  • berhati-hati dengan penyeluk saku. waktu ramai orang ni lah penyeluk saku gunakan kesempatan untuk mencilok barang-barang orang.jadi berhati-hatilah dengan setiap orang yang kita jumpa agar nanti duit dan barang-barang berharga kita tidak hilang.
  • pastikan setiap permainan yang ingin dicuba mempunyai tahap keselamatan yang tinggi dan memuaskan.bukan apa jika berlaku sebarang kemalangan waktu sedang berseronok nanti siapa yang susah?mak ayah kamu gak yang risau nanti.bukan itu sahaja,bf/gf,datuk,nenek,jiran sebelah rumah,apek jual ikan kat pasar pun agaknya risau dengan kamu juga nanti.
jadi,aku rasa tu inilah sahaja tips-tips ke funfair yang dapat aku fikirkan berdasarkan pengalaman aku pergi ke funfair hari ini.jadi sampai-sampaikanlah kepada kawan-kawan kita yang lain,terutama yang suka sangat pergi funfair tu. daaaa...

December 18, 2010

MEMORI

tengah hari tadi sewaktu dalam perjalanan ke seremban dengan tiga orang rakan aku,tiba-tiba fikiran aku menerawang teringatkan arwah atuk aku.seorang datuk yang penyayang,yang sudah tiada lagi didunia ini disebabkan oleh sakit tua.setiap kali melihat duit syiling 1 sen,mesti aku teringatkan dia. dulu,masa aku kecil lagi,aku suka sangat dengan duit syiling.pada suatu hari sewaktu balik beraya di rumah atuk,aku ke bilik kerja arwah,sedang khusyuk aku godeh barang-barang dia,tiba-tiba mata aku terpaku pada sebuah botol yang mengandungi duit syiling 1 sen!
huh!punyalah seronok aku tengok duit syiling banyak2.aku pun main2 la dengan duit syiling tu,aku susun,kemudian aku kira-kira duit tu.nampaknya memang tak terkira duit tu,sebab banyak sangat. kemudian atuk aku pun masuk dalam bilik tu dan nampak aku sedang main dengan duit syiling dia. apa yang aku mampu buat masa tu adalah tunjukkan muka yang comel dan tersengih bila nampak dia.huhuhu.nasib baiklah atuk tak marah aku main dalam bilik dia,sebab dia tahu,cucu dia ni jakun sikit dengan barang-barang yang ada dalam bilik dia.
dipendekkan cerita,masa aku dan keluarga nak balik ke kota tinggi, atuk aku menghadiahkan semua duit syiling 1 sen tu. siap extra duit syiling 20 sen,50 sen dan 10sen yang aku tak ingat berapa jumlahnya.masa itu,punyalah girang rasa hati bila dapat duit tu dengan botol2 tu sekali.huhuhu.sampai sahaja kat rumah,terus aku kira duit-duit tu.tapi malangnya aku tak ingat jumlah nya sekarang ini.bila dah besar ni,jangan haraplah aku nak kira duit-duit tu.apa yang pasti,jumlahnya dah berkurangan daripada jumlah yang asal kerana duit itu dah bersepah kat seluruh rumah dikerjakan anak-anak saudara aku.tapi kekurangan duit tu tak ketara sangat.aku masih lagi menyimpan duit syiling 1 sen tu sebab itu lah satu-satunya kenangan antara aku dengan arwah atuk.tapi duit syiling yang lain aku dah kerjakan buat beli jajan.hehehehe.
apa-apa pun,kenangan dengan arwah atuk tak kan aku lupakan.macam mana dia layan aku dengan cucu-cucu dia yang lain pasti aku akan ingat sampai bila-bila.al-fatihah untuk arwah.


p/s:sangat touching bila tulis benda nie..waaaaaaaaaaaaaaaa

PRIVACY


ruang
waktu
sendiri
....

December 14, 2010

kita adalah pelakon

Hakikat yang kita mungkin tak percaya adalah kita semua mempunyai bakat lakonan dalam diri. walaupun lakonan kita tidak semantap angelina jolie, mahupun umie aida,tapi hakikatnya kita boleh berlakon. kenapa aku katakan kita boleh berlakon?

sebab kita boleh berlakon dengan menipu orang sekeliling kita. kita boleh katakan pada orang yang kita sekarang hidup bahagia dengan apa yang kita miliki walaupun hakikatnya kita sunyi dan sedih.
macam cerita My Girl,(sesiapa yang minat cerita korea mesti tahu) Joo Yoo Rin boleh katakan pada semua orang bahawa dia merancang semua perkara yang berlaku dengan ayahnya walaupun hakikatnya dia tidak pernah merancang  semua perkara tersebut. dia boleh katakan yang dia tidak mencintai Seol Gong Chan padahal, Seol Gong Chan adalah lelaki yang sangat dicintainya. seperti jugalah dengan apa yang terjadi dengan diri kita. kita boleh menjadi penipu dan pelakon yang hebat apabila melibatkan soal cinta dan kasih sayang.

menipu diri sendiri merupakan sebuah lakonan yang hebat bagi sesetengah orang. tetapi menipu diri sendiri merupakan sebuah penderitaan bagi aku.

December 12, 2010

terharu

salam!

wah! baru beberapa jam blog yang tidak seberapa ini dilancarkan(sesuai ke perkataan ni?) aku sudah mempunyai seorang pengikut(follower). terima kasih HUSNA AZMAN kerana menjadi yang pertama menyedari kewujudan blog yang tidak seberapa ini. kehadiran anda akan menyemarakkan lagi semangat untuk saya bercerekarama.cewah!.

Jam 5 pagi

JAM telefon tangan T707 menunjukkan sudah pukul 5.27 pagi. damn!apasal aku tak tidur lagi nie? kawan-kawan aku semua dah dibuai mimpi dengan pakwe masing-masing(ini tipu).

ha..mungkin ini masanya untuk aku bermuhasabah diri .ya, bermuhasabah, bukan bermuhasarawak. muhasabah tentang apa yang aku lakukan sekarang ini. apa aku lakukan?

mencari sinar?

mencari kedudukan?

mencari perhatian?

mencari kepopularitian?

ahhhhh..itu semua tidak penting dalam hidup aku. aku hanya manusia yang mencari kebebasan, kepuasan dengan setiap apa yang aku lakukan. kenapa kepuasan? sebab kepuasan akan mewujudkan kebahagiaan bagi aku.

KEPUASAN.


BERAPA ramai yang sudah mengecapi kepuasan dalam hidupnya? berapa ramai? aku tidak tahu. aku tidak mampu menghitungnya. terlalu ramai manusia dalam muka bumi ini untuk ku hitung satu-persatu kepuasan mereka.

KAMU? SUDAH jumpakah dengan apa yang kamu mahu?

SUDAH puas dengan apa yang kamu miliki?

SUDAH? tepuk dada,tanya selera.

sebuah perjumpaan


reunion

mereka adalah rakan-rakan sekelas aku semasa kami dalam tingkatan 5.kelas kami 5 sains. tapi dalam gambar ini tak semua ada. ada yang sudah balik dan agak juga yang tak datang masa tu. tapi kami semua tetap gembira dengan majlis ringkas yang telah diaturkan ini. memang kerinduan semasa tingkatan 4 dan 5 terubat bila dapat bertemu kembali dengan mereka. kamu memang terbaik teman. Insyaallah kita dapat buat lagi 'gathering' macam ini dalam masa tiga tahun lagi(atas arahan ibeni shahrizan selaku ketua kelas,huhu).
 masa itu, kita semua mungkin lebih matang daripada kita sekarang nie kan.

vespa oh vespa

pernah suatu ketika dahulu, besan kepada abah aku mempunyai sebuah vespa. ketika itu, aku kecik lagi. dan vespa pun aku tak berapa nak kenal. dulu, aku beranggapan bahawa vespa adalah sebuah kenderaan lama yang kolot dan sangat tidak cantik. tapi tu masa aku dalam zaman jahiliah la...


tapi sekarang, vespa adalah motorsikal yang paling aku idam-idamkan.hehe.(selalu jugak aku berangan dapat naik vespa dengan seorang jejaka yang kacak idaman Malaya,huhuhu). sekarang ini aku sangatlah suka dengan vespa. sejak menjadi dewasa nie,(ceh!poyo lebih la kau nie linda) aku pantang bila tengok vespa. rasa macam nak kejar je orang yang bawak vespa tue.huhuhu. bukan apa, bagi aku vespa memiliki nilai estetika dan juga memori yang boleh menggamit kenangan orang dulu-dulu.(sebab orang dulu-dulu suka pergi 'clubbing' naik vespa). bagi aku, dapat memiliki sebuah vespa umpama memiliki sebuah bank yang penuh dengan duit dalam bilik kebal. yelah, dah la cantik, unik pulak tue, lepas tu, zaman sekarang orang dah tak pakai vespa, jadi semua orang akan tengok kat kita macam kita nie artis bila kita pakai vespa. fulamak!memang cool lah!(ini berdasarkan pemerhatian aku la,jadi kalau orang lain aku tak tahu apa pandangan mereka).

p/s: bercita-cita memiliki sebuah vespa bila dah kerja nanti.amin...

Suatu Pencarian

Mencarimu merupakan penderitaan bagiku.
Mencarimu merupakan  kekuatan bagiku.
Mencarimu mengingatkan aku tentang kenangan kita dulu.
kenangan
Ya
Kenangan lalu yang menghantuiku.
Perjalanan masa yang hanya mampu aku tempuh
demi mencarimu.


Salam dari aku.

MONOLOG


Salam sejahtera dari aku. Ini merupakan kali pertama aku menulis bagi sebuah blog. Aku tak pernah menulis blog sebelum ini.  Semua yang aku tulis adalah benar belaka yang datangnya dari diri aku sendiri. Terima kasih jika kamu singgah ke sini, ke ruangan aku yang kerdil ini. Aku bukan Halovate yang pandai berkata-kata, dan aku bukan seorang pemikir yang hebat seperti Hilal Asyraf yang aku kagumi. Aku juga bukan Irfan Khairi yang genius IT, mahupun Mahathir Mohamad pemimpin yang disegani. Tapi aku mengambil mereka sebagai inspirasi. Kerana mereka punya kreativiti dan bakat yang aku kagumi.