Hakikat yang kita mungkin tak percaya adalah kita semua mempunyai bakat lakonan dalam diri. walaupun lakonan kita tidak semantap angelina jolie, mahupun umie aida,tapi hakikatnya kita boleh berlakon. kenapa aku katakan kita boleh berlakon?
sebab kita boleh berlakon dengan menipu orang sekeliling kita. kita boleh katakan pada orang yang kita sekarang hidup bahagia dengan apa yang kita miliki walaupun hakikatnya kita sunyi dan sedih.
macam cerita My Girl,(sesiapa yang minat cerita korea mesti tahu) Joo Yoo Rin boleh katakan pada semua orang bahawa dia merancang semua perkara yang berlaku dengan ayahnya walaupun hakikatnya dia tidak pernah merancang semua perkara tersebut. dia boleh katakan yang dia tidak mencintai Seol Gong Chan padahal, Seol Gong Chan adalah lelaki yang sangat dicintainya. seperti jugalah dengan apa yang terjadi dengan diri kita. kita boleh menjadi penipu dan pelakon yang hebat apabila melibatkan soal cinta dan kasih sayang.
menipu diri sendiri merupakan sebuah lakonan yang hebat bagi sesetengah orang. tetapi menipu diri sendiri merupakan sebuah penderitaan bagi aku.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.