January 9, 2011

banyak nak cakap

aku post lagi untuk kali keberapa ntah hari ini.secara serius aku rasa macam-macam benda ada dalam fikiran dan aku perlu luahkan supaya lega dan lapang sikit fikiran ini. kalau tak comform edward cullen pun belum tentu dapat baca fikiran aku sekarang ini.huhuhuhuhu

fikiran serabut 1
ok minggu ini aku menghadapi stress yang tak melampau. stress bila memikirkan projek yang perlu dibuat untuk subjek seminar yang bertemakan projek untuk masyarakat setempat. cara penyelesaian projek,pergi tempat-tempat macam rumah anak yatim,masjid,kebun, kampung nelayan dan seumpanya untuk mencari masalah yang dihadapi oleh masyarakat setempat. bunyi macam senang dan seperti bak kata pensyarah aku,banyak boleh kita buat. tapi hakikatnya,apa yang boleh kita buat? benda yang boleh dimanfaatkan dan dapat membantu kerja-kerja harian. ini baru projek dalam politeknik. macam mana pula dengan saintis dan pereka-pereka terdahulu yang telah mencipta segala benda yang ada sekarang ini. mesti mereka pun berserabut yang cipta sesuatu yang dapat menyumbang pada masyarakat dunia dari dulu sampai sekarang. dan siapa pula kita untuk tidak menyumbang pada masyarakat?tentu sekali kita boleh menyumbang sesuatu pada orang sekeliling kita juga kan. kerana kita juga ada otak untuk berfikir dan kalau kita adalah masyarakat yang prihatin tentu sekali kita akan melihat permasalahan yang sebegini. mencipta sesuatu yang ringkas tetapi dapat memberikan sumbangan yang besar.apakah itu?apa yang aku dan ahli kumpulan aku nak buat?tolongggggggggggggggggggggg!

fikiran serabut 2
perasaan serba salah yang sentiasa menyelubungi diri memang merimaskan!aku tak nak cerita lebih-lebih dalam bab ini.


fikiran serabut 3
agak-agaknya bila aku nak kaya?hahaha.belajar pun belum habis,diploma pun belum dapat inikan pula berangan nak jadi kaya!kau memang buat lawak la linda!tapi zaman facebook sekarang ini,kaya sebab bisnes internet bukan lagi sesuatu yang mustahil.tapi aku tertanya-tanya juga,tak adakah orang jual dadah guna internet??berisiko bukan?kesimpulannya,jangan bodohkan diri dengan berniaga benda-benda haram macam nie dalam internet.itu maknanya kau mencari nahas.


terima kasih

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.