February 6, 2011

Kembali

salam sejahtera semua.

akhirnya,setelah lama aku tak update,dapat juga aku update hari ini.pertama aku mahu mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua yang ucapkan selamat hari lahir pada aku seminggu yang lepas.pada hari aku menulis entri ini,genaplah umur aku 21 tahun 7 hari.huhuhuhu. dah banyak umur aku.tak sangka pula aku sudah setua ini.21.
apa maksud umur 21 bagi kalian?ada yang kata itulah umur yang menandakan kita sudah bebas.dan segala yang kita lakukan adalah dibawah tanggungjawab kita sendiri.benarkah?
tak kisah lah apa makna 21 bagi kalian.bagi aku,umur itu merupakan permulaan usia belia kita.wah dah jadi belia!dulu remaja.hehehe..pada umur ini juga la kita da boleh mendaftar sebagai pengundi.(tapi aku sendiri belum daftar).huhu.jangan salah faham,aku bukan nak berpolitik disini.sekadar mengingatkan bahawa,sebagai belia malaysia yang prihatin,janganlah lupa tanggunggjawab kita pada negara.

sekarang aku nak cerita pula tentang isu yang melanda negara kita ini.isu apa?banjir.yeah!perkataan dan situasi yang sinonim dengan saudara mara aku yang selalu terlibat banjir.senang cerita,kalau segamat banjir,comform rumah mereka juga banjir.aku harap,semua saudara mara aku disana dan semua yang terlibat dengan banjir ini dapat mengharunginya dengan tabah dan sabar.aku tahu bagaimana situasi bila berdepan dengan banjir ini,dan aku juga pernah menjadi mangsa banjir yang tidak disengajakan.heheheh.(terpaksa menginap di sekolah tempat mangsa banjir ditempatkan sebab tolong akak bersihkan rumah dia yang terkena banjir,so secara tak sengaja aku pun jadi mangsa banjir).hehehe.selepas pantai timur dan utara,akhirnya giliran selatan pula menemui banjir.nak buat macam manakan,dah nasib.petang tadi sewaktu aku bertolak ke seremban dari johor bahru juga,kesan-kesan banjir masih dapat dilihat di kiri dan kanan jalan.kebun dan rumah orang masih lagi ada yang ditenggelami air.bersabar sahajalah.harap-harap ramai yang memberikan bantuan buat mangsa-mangsa banjir ini.

oklah,aku pun dah tak tahu nak tulis apa lagi,semoga segala kejadian yang berlaku pada sekeliling kita memberikan ikhtibar dan pedoman buat kita.wassalam.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.