Hey, long time no see.
Hari ni aku terpaksa cutikan diri sebab migraine. Yes, selain masalah meniscus tear yang aku hadapi, migraine adalah salah satu penyakit yang kerap menyerang. Tahun ni paling banyak aku cuti sebab aku sakit kepala. Ada orang macam tak percaya dengan aku. Takpelah, mereka tak rasa.
Masa aku tulis ni, aku baru je recover, tapi masih lagi ada sakit yang tersisa .
Lepas migraine, menikmati kopi adalah salah satu ritual bagi aku. Kopi, orang lain fikir aku old fashion sebab minum kopi. Tapi bagi aku, ia satu-satunya cara untuk aku ingat arwah atuk aku. Ye, minum kopi adalah cara aku nak ingat arwah atuk aku. Atuk yang aku rindu.
May 18, 2015
The spinning world
January 23, 2015
Trio Programmer
Dua tahun 5 bulan aku berkhidmat sebagai CNC programmer. Selama itu juga aku dapat kenal ramai orang ,yang aku rasa alhamdulillah aku boleh bekerjasama, boleh hang out sama-sama dan aku rasa aku tak boleh jumpa situasi yang sama di tempat lain.
I dunno why but let me introduce you with my fellow mates.
This is trio programmer, which si my awesome talented friends. they both are quit from our company to find better place for their talents. end up me alone in this team. The left one name Afiz Afizal and the middle is Turmuzi. Sometimes, what encourage me to work is because of this two men.
Seriously, I miss them both.
January 17, 2015
Two years of silence.
Hey guys,
Dah terlalu lama rasanya aku diamkan diri dari blog ni. Aku lebih aktif di Twitter, Facebook dan Instagram nampaknya, sampai blog sendiri pun aku lupa. Ok, nampaknya aku perlu aktif semula, supaya dunia penulisan ini tak mati begitu sahaja. Maksud aku, dunia penulisan aku sendiri. Tak perlu untuk orang lain baca, cukup sekadar aku sendiri yang baca. Tapi kalau ada sesiapa yang menyinggah, terima kasih aku ucapkan.
:)
October 8, 2013
January 4, 2013
tahun baru.
2013. satu lagi tahun datang.meninggalkan tahun yang lama.yang lepas biarkan berlalu.hadapi tahun ini dengan tenang dan penuh kesabaran.semoga kedatangan tahun baru ini menjadikan aku seorang manusia baru,yang lebih berkeyakinan dan matang.insyaallah.
November 19, 2012
Istanbul aku datang
Aku bukan nak pergi istanbul tapi tu adalah tajuk movie ok.seronok.tu yang aku boleh cakap.jalan cerita yang menarik dan sinamatografi yang sangat-sangat cantik.tabik spring kepada Rafidah Abdullah kerana berjaya menghasilkan filem yang cool nie.selepas pisau cukur filem nie merupakan satu lagi buah tangan yang memang layak dipuji.tahniah kerana tidak menghasilkan filem yang hampeh.
Peace!
November 8, 2012
Akhirnya
Dia berterus terang.aku ada perasaan yang sama.tapi aku pendam dan tak meluahkan.sehingga dia yang mengaku.kau sahabat aku selama nie.tapi kau juga dah berjaya curi hati nie.terima kasih kerana tak menunjukkannya.aku bahagia.
P/s: sekali sekala bermadah apa salahnya.haha
October 15, 2012
Kerja oh kerja
Dah nak masuk tiga bulan aku kerja.tiga bulan yang mencabar tahap pemikiran dan kesabaran aku..takpe linda sikit je lagi..lepas nie kau akan comform kerja kat situ..dan harap lepas nie semuanya berjalan lancar.stress tu perkara biasa..yang penting tahu cara nak tangani stress tu.kalau tak dapat kawal alamatnya sakit jiwa lah kita..menceburkan bidang dalam programming nie bukanlah mudah..otak kena sentiasa bergerak dan kreatif..walaupun gaji aku sekarang ni berada dalam tahap yang mewah untuk fresh grad lepas diploma..tapi kalau aku tak dapat tunjukkan potensi diri aku yang sebenar tak guna juga..jadi linda kau kena usaha lebih lagi..supaya orang tak pandang rendah pada kau.ingat tu.
September 30, 2012
Hujan.kekasih.hati
Hujan.hujan ini turun pada waktu yang cerah.kala aku sedang sunyi dirumah.dari tingkap bilik aku nampak sepasang kekasih berjalan dibawah payung..di sebalil hujan ini aku hanya harap kau dapat keluar rumah dan menatap hujan ini selama mana kau mahu.aku cuma mahu kau rasai nikmatnya menatap hujan yang turun.kala hati kau sedang kecamuk.hujan ini boleh jadi pengubatnya.jika kau mahu nangis waktu itu.nangislah sepuasnya.dan hati kau akan reda.
September 15, 2012
Cinta
Tajuk nie satu yang rumit bagi aku. Cinta memang menyeronokkan tapi hati masih tak terbuka untuk terima sesiapa pun setakat nie. Tapi orang selalu salah sangka dengan aku. Bila aku baik tak semestinya aku suka. Kan buat baik tu perlu. Wahai lelaki tolonglah jangan salah faham. Aku cuma suka berkawan. Aku tekankan sekali lagi...aku cuma suka berkawan.
August 1, 2012
Jangan tak suka
Orang tua-tua selalu cakap jangan benci sangat dengan orang tu,kelak orang tu jodoh kita. Apa yang orang tua-tua nie cakap ada betulnya. Dulu masa aku sekolah,aku tak pernah fikir nak jadi jurutera atau terlibat dengan apa-apa bidang teknikal bila dah besar. Akhirnya, aku sambung belajar bidang kejuruteraan. Haha. Tulah dulu benci sangat kejuruteraan nie..sekarang kau graduan kejuruteraan. Kerja pun dalam bidang teknikal. Huhu. Sebenarnya bila kita dah membesar baru kita sedar apa sebenarnya yang lebih sesuai dengan diri kita. Masa kita kecik-kecik dulu bolehlah kita semberono memilih cita-cita..tapi bila dah besar,kecenderungan kita terhadap sesuatu itu akan lebih terserlah.
July 31, 2012
Karier
Aku dah pun tamatkan pelajaran aku kat politeknik yang tercinta itu.cewahhh..haha.sangat gembira setelah bergelar graduan.huhu.sekarang masa untuk aku mulakan kerjaya aku.aku dah pun diterima bekerja kat sebuah syarikat jepun yang terletak di johor bahru.sebagai anak jati johor aku tak rasa nak cari kerja kat negeri lain sebab kat johor nie pun banyak sangat kilang yang rata-rata menawarkan pekerjaan untuk course yang aku belajar dulu.terima kasih jobstreet atas perkhidmatan yang ditawarkan.huhuhu.aku masih lg dalam tempoh training kat kilang nie.sebagai programmer yang masih lagi merangkak banyak sangat benda yang aku kena belajar.banyak sangat!aku tak pernah pakai CAM sebelum nie.paling cikai aku pakai autocad..waaaa..so nak tak nak aku kena jugak belajar supaya aku tak menyesal nanti.ini semua untuk masa depan aku!
Aku kembali
Assalammualailum
Rasanya dah lama sangat aku tak update blog nie.sejak habis belajar hujung tahun lepas sampai la nie baru aku update.kesian blog aku.nie semua gara-gara laptop aku rosak..kalau tak comform selalu aku update blog nie..huhu.
December 7, 2011
December 5, 2011
Love
why is it so hard to love?
December 4, 2011
November 18, 2011
Penghujung
Pertama sekali aku nak ucapkan tahniah buat pasukan harimau muda kerana telah mempamerkan aksi yang cemerlang sepanjang perlawanan akhir kumpulan A menentang Indonesia malam tadi. bersemangat habis aku bersorak depan tv dengan housemate aku.hehehe...harap-harap pasukan kita menjuarai lagi perlawanan bola sepak kali ini. tahniah sekali lagi wahai harimau muda.
kedua, aku nak mengucapkan takziah buat kawan sekelas aku iaitu Gugan yang baru sahaja kehilangan ayah dia semalam. kesian Gugan, dah lah nak jawab final exam tapi ayah dia meninggal pula pada saat-saat genting macam ini.. ajal maut di tangan tuhan, harap-harap beliau tabah hadapi semua ini.
ketiga, aku nak cakap, glee musim ketiga dah masuk episod ke-6 tapi aku baru dapat tengok satu episod jew...waaaaaa.....bila aku nak tengok lagi nie!!!
keempat, aku dalam minggu peperiksaan sekarang. baru sahaja habis dua subjek,yang boleh tahan susah. aku tak dapat agak keputusan yang bakal aku terima nanti. tapi harap-harap biarlah keputusan yang baik supaya aku dapat naik pentas ambil diploma sambil senyum depan kamera dan abah dan emak tersenyum bangga kat bawah ditempat duduk ibubapa.aku harap aku berjaya.
kelima, keputusan upsr dah keluar. aku tak tahu apa keputusan upsr Adib. (malas nak call sebenarnya,hehehe)
keenam, aku tak tahu nak tulis apa lagi.hahaha
sekian terima kasih!
October 29, 2011
MESIN AMBIL GAMBAR
beberapa bulan yang lepas, aku beli kamera, dan kamera ini adalah kamera pertama aku.hehe. disebabkan seorang kawan, aku minat pada fotografi..dan aku jatuh cinta dengan kamera lomo ini. walaupun ada sesetengah orang cakap kamera ini kuno, oldschool dan ntah pape lagi, tapi minat punya pasal, aku tak kisah pun dengan semua tuh..
![]() |
| HOLGA tuh kamera aku, yang lagi dua tuh, kawan aku punya.hehe |
ADELE
sekarang ini ada berlaku perubahan pada diri aku.perubahan dari segi minat dan citarasa yang tak boleh dijangka..haha.
ok , sebenarnya macam nie, aku nie kalau nak diikutkan tak minat sangat dengan lagu yang slow macam jazz dan balada.. tapi disebabkan seorang artis nie, aku terus minat kat lagu-lagu yang rentak macam nie (mungkin sebab vokal aku sangan sesuai dengan lagu yang macam nie kowt..hahahahaha)
![]() |
| ADELE |








