March 4, 2011

cuci mata


kau buat aku rasa sihat dan kuat!





GEMBIRA

CARILAH KEGEMBIRAAN DENGAN CARA KAU SENDIRI.KEGEMBIRAAN KAU BUKAN ORANG LAIN YANG TENTUKAN.

FIKIR



ada orang tanya aku:

apa nak buat lepas diploma ni?

aku jawab:

kalau aku dapat kerja kat UMW atau syarikat-syarikat besar yang lain,aku go on dengan kerja aku.
tapi kalau aku tak dapat kerja lepas grad, aku sambung ijazah.

lepas tu orang tue tanya lagi:

kahwin?

aku jawab:

aku tak bersedia untuk kahwin,aku nak kumpul harta,nak kukuhkan ekonomi aku dulu.

kemudian orang tu diam.

 tak tanya lagi dah.

aku pun diam jugak.

malas nak cerita panjang-panjang.

February 21, 2011

cerita jepun

kabare!
hari nie aku habiskan masa yang depan laptop mengadap drama-drama korea dan jepun.sekarang nie aku nga melayan BUZZER BEAT.hehe. hero tak la sehensem mana pun tapi dia KAWAI(sebut KA-WA-I) atau dalam bahasa melayunya COMEL..hehe.aku tak tau la sejak bila aku mula addict dengan drama-drama korea dengan jepun nie semua.tapi seriously,cerita yang mereka buat mungkin genre sama jew,tapi cara pengolahan diorang berlainan.so,tak heranlah kan kenapa orang-orang malaysia nie pun suka tengok cerita korea dengan jepun nie. lagi satu,tempat pengambaran yang diorang buat drama pun cantik-cantik belaka kawasannya.so,bagi kita yang tak dapat nak pergi melancong  kat luar negara nie,dapat tengok kat TV,DVD or download kat internet jadi la kan. aku rasa dah mencukupi kan.huhu.anyway.cerita pasal korea dengan jepun nie,aku suka sangat dengan 
  SUPER JUNIOR dan GIRL'S GENERATION.haha.serius,minat giler aku dengan diorang.mungkin sebab diorang nie terlalu 'GORGEOUS' kowt.haha.

February 19, 2011

DATING

KABARE semua.

haha,aku cuma nak cakap,ada orang ajak aku LUNCH! dalam otak korang mesti pikir macam nie kan. ek'eleh orang ajak pergi lunch pun nak kecoh! haha.anyway,suka hati aku la nak tulis apa.haha. bukan apa,sejak dua menjak nie, jarang orang ajak aku g 'ngedate' so, rasa macam seronok yang amat bila ada orang ajak keluar makan,padahal keluar makan tue apa la yang best sangat kan. bagi aku,ia istimewa,sebab BFF aku yang ajak keluar.so, mestilah seronok kan!.huhu.
oklah tak da benda aku nak cerita lagi.papai semua.

February 18, 2011

USIA 15

aku tak tahulah kenapa daripada semalam aku asyik ingat kat zaman sekolah aku.mungkin sebab banyak sangat kenangan kowt!hahaha.

ini cerita tentang aku masa aku berusia 15 tahun.

ceritanya bermula begini.


  1. aku jadi pengawas sekolah.
  2. aku jumpa seorang kawan baik bernama Ain Amirah.
  3. aku main gamelan buat kali terakhir.
  4. aku mula sukakan lagu-lagu bahasa inggeris sampai buat koleksi lirik lagi.(ni cara aku belajar bi)
  5. aku jadi ketua dorm.(aku duduk asrama)
  6. aku ambil peperiksaan PMR.
  7. masa ni aku suka tidur dalam kelas.
  8. aku agak obses dengan anime masa ini.
  9. aku mula beli komik dan kumpul banyak-banyak.
  10. aku single tau masa nie.sekarang pun single juga.
itulah antara ceritanya. sebenarnya banyak lagi kenangan kalau nak ingat balik kan.hahaha.
tapi secara jujur aku sangat rindu dengan zaman sekolah tau.kalaulah masa boleh putar balik(sangat klise) mesti aku nak ulang balik zaman ini.