jam aku sewaktu menaip entry ini menunjukkan pukul 3.28 pagi. waktu yang agak lewat untuk aku menulis blog aku rasa. fikiran aku sekarang sedang menerawang mencari idea macam mana nak cari seorang kawan yang aku dah kenal sejak kecil lagi.dulu kami selalu main sama-sama. kami dah lost contact sejak sekolah menengah lagi. pernah kami jumpa beberapa kali,tapi lepas tue, dia hilang tanpa khabar berita. aku tak ada idea macam mana nak cari dia.dah lama aku cuba nak cari dia.entahlah,mungkin belum tiba masanya tuhan izinkan kami bertemu. nama kawan aku nie amirah. nama penuh dia noor amirah noor azman.mak dia seorang cikgu,dan aku ingat lagi,masa darjah satu dulu,mak dia lah guru bahasa inggeris kelas aku.dulu aku selalu main-main kat rumah dia.sebab rumah dia tak lah jauh sangat dengan rumah aku.dia pun sama.kalau dia nak ambil adik dia dari sekolah,dia akan singgah kat rumah aku dulu.sebab rumah aku dekat dengan sekolah.selalu jugak kami main lawan-lawan dalam bab belajar nie.selalu nak lawan siapa boleh dapat nombor satu dalam kelas masa sekolah agama.haha.indahnya masa tuh.serius,aku sangat rindu waktu itu.sangat! masa kami sekolah rendah,kami selalu pergi raya dengan kawan-kawan yang lain.aku ingat lagi,kami pakai skirt masa pergi raya (almaklumlah kecik lagi masa tuh).hahaha,bila tulis entry nie,aku rasa macam nak balik semula ke zaman sekolah rendah dulu.aku ingat lagi,mira pindah masa kami sekolah rendah,masa tu kalau tak silap,kami nak ambil peperiksaan UPSR. aku dengan halidah,antara orang yang sangat sedih bila mira pindah.serius!aku sedih gila,tapi aku tak tahu macam mana nak tunjukkan betapa sedihnya aku waktu tuh. aku cuma diam,sembunyikan kesedihan tue.dalam hati tuhan jew yang tahu.mira mana kau sekarang?
April 28, 2011
Kawan Lama
assalammualaikum,
April 24, 2011
Aku tak tau nak bagi tajuk apa.
salam
sekarang nie musim peperiksaan akhir.ramai yang sibuk study hard semata-mata nak dapat result yang cemerlang masa result keluar nanti.aku pun tak terkecuali,tapi aku tak la 'hard' sangat nak study macam kawan-kawan aku yang lain.serius aku katakan,kadang-kadang aku takut tengok kawan-kawan aku semua study bagai nak gila, aku pulak boleh duduk rilek mengadap laptop layan facebook, youtube dan blog. pewh! muka tak bersalah je aku bila kawan-kawan aku semua study aku pulak buat benda lain. gila betul kau nie linda. sesuka hati kau jew malas nak baca buku! dah tolong tutup blog ni dan baca buku sekarang!
April 22, 2011
Terima Kasih Cik Nazatul!
salam buat semua warga bumi!
alhamdulillah,akhirnya berjaya juga aku 'mengoter' blog yang dah lama terbengkalai nie.semua ini hasil cik naz yang telah bersusah payah membanting tulang untuk mengedit blog aku nie.hehehe..thanks naz!love you so much!
April 20, 2011
exam!
salam.
lama benor rasanya den tak post kat sini.huhu.
ok anyway,rasanya banyak blog yg aku tengok semua cerita tentang final exam.wah!masing2 semangat + takut nak ambil final exam kan..hehe..
aku pun tak terkecuali,kalau gagal,habislah aku,waaa...harap2 perkara tuh dijauhkan lah,.ok bagi korang yg menduduki peperiksaan dan yang bakal ambil exam,good luck to you guys!do the best for your parents,family and for yourself ok!
lama benor rasanya den tak post kat sini.huhu.
ok anyway,rasanya banyak blog yg aku tengok semua cerita tentang final exam.wah!masing2 semangat + takut nak ambil final exam kan..hehe..
aku pun tak terkecuali,kalau gagal,habislah aku,waaa...harap2 perkara tuh dijauhkan lah,.ok bagi korang yg menduduki peperiksaan dan yang bakal ambil exam,good luck to you guys!do the best for your parents,family and for yourself ok!
March 25, 2011
cerita komik
ini cerita tentang zaman sekolah aku dulu..pejam celik pejam celik,tak sangka dah lama betul aku tinggalkan zaman sekolah.cerita ini tentang salah satu aktiviti paling aktif aku lakukan masa sekolah dulu,iaitu baca komik!
hehehe.bagi peminat manga dan komik-komik yang sewaktu dengannya, tentu banyak yang korang tahu pasal komik nie.tapi jangan tak tau,ada juga orang yang tak reti baca komik!
how come ha??
aku pernah jumpa orang macam nie,dan ternyata kawan aku yang seorang nie tak tahu bagaimana nak baca komik dari jepun yang dah translate ke bahasa melayu.pada masa itu,
'oh!sedihnya aku dengan kau nie!'
'what era are you ha?'
macam tue la perkara-perkara yang terbit di dalam kepala otak aku nie.tak sangka aku ada kawan yang tak reti baca komik.nampaknya mereka nie terlalu banyak buku ilmiah di rumah sampai tak ada masa untuk mereka membaca bahan bacaan yang ringan macam nie.huhu.
sebenarnya,membeli dan membaca komik nie masih aku lakukan sampai sekarang.baru-baru ini,aku beli 5 buah komik sekaligus sebab bosan tahap gaban kat rumah.sebagai akibatnya,banyak duit aku habis kat situ.huhuhu.tapi aku tak kisah pun kan..dah minat,nak buat macam mana.
masa aku tingkatan 4 dulu,aku sangat minat pada satu siri komik nie.tajuk dia DAN DETECTIVE SCHOOL atau nama lainnya, TENTEI SCHOOL Q.aku terjebak dengan komik detektif nie pun gara-gara akak angkat aku.kalau tak,aku pun tak kenal dengan komik detektif yang satu nie.hero dia seorang yang genius dan mempunyai IQ yang sangat tinggi.tapi aku tak sure kalau IQ dia lagi tinggi dari Enstein.hehe.jalan cerita komik ini agak 'complicated' sikit.so kena banyak bersabar bila baca komik nie
tapi dalam banyak-banyak watak,aku paling minat dengan RYU AMAKUSA.hehehe.dia seorang yang handsome dan jambu+sentiasa kelihatan cool.
watak-watak dalam DDS(ryu amakusa yang rambut biru tu,hensem tak?huhu)
tapi ada orang pernah pertikaikan,
"lukisan komik pun ada hensome tak hensome ke?,kan lukisan jew,bukan orang betul pun".
bila aku dengar orang tue cakap macam nie dan setelah otak aku menghadam setiap bait perkataan yang diutarakan, aku hanya mampu tersenyum.:)
dalam hati aku hanya mampu berkata:
kau tak pandai menilai lukisan komik,kau tak tau apa itu ekspresi yang cuba disampaikan,kau tak boleh membaca riak wajah,dan patut pun kau tak pandai baca komik!nak baca komik pun terbalik!apa punya turr..
tue jew la yang aku mampu ucap dalam hati,tak mampu aku ucapkan kat depan dia,maklumlah kita perlu jaga hati orang lain kan...
berbalik pasal komik tadi, kadang-kadang ada orang yang hairan kerana aku boleh ketawa bila baca komik.
itu pun nak hairan ke??dah cerita komik tu ada selitkan unsur humor,salah kew kalau aku ketawa?
mungkin dalam hati diorang ingat aku nie gila kowt?hahaha..
hello........aku baca komik sebab aku nak hilangkan segala bebanan yang membelenggu kepala otak aku ini!
aku tak faham bila ada orang kata baca komik hanya membuang masa+buang duit+tak ada moral yang boleh kita pelajari dalam komik nie.
bagi mereka yang mempunyai fikiran sedemikian saya harap anda dapat mengubah pemikiran anda dengan segera.sila baca sebuah komik dahulu sebelum anda menilainya..
kalau nak ikutkan,sebenarnya banyak benda yang boleh kita pelajari dalam komik nie,terutama tentang kehidupan.macam baca novel juga,yang baik kita ambil,yang tak baik tue tinggal belakang la.bukan tue jew, dengan grafik yang menarik,sebenarnya lagi mudah kita nak faham sesuatu cerita yang nak disampaikan tu.ingat,penulis komik tak akan buat cerita yang sia-sia dan bukan-bukan.mereka pun ada agenda bila melukis dan menulis komik ini.mereka ini nak hiburkan pembaca jew,bukan merosakkan moral pembaca.
so,aku harap,bagi mereka yang selalu banned orang yang baca komik ni,fikir-fikirkan kembali apa aku cakap.
jangan nak banned orang suka-suka hati jew!
Berakhirnya 4 hari
alhamdulillah syukur!
akhirnya,empat hari yang perit berlalu juga.segala bebanan dalam kepala hilang lepas jawab soalan engineering design tadi.minggu nie,minggu paling penuh denga ujian dan kuiz.sabar jew la.
kalau tak kerana dek tertunda berkali-kali dah lama ujian nie semua habis tau.
apa-apa pun akhirnya,kesukaran minggu ini berakhir juga.
peperiksaan akhir sem pula menanti!
ganbatte linda!
akhirnya,empat hari yang perit berlalu juga.segala bebanan dalam kepala hilang lepas jawab soalan engineering design tadi.minggu nie,minggu paling penuh denga ujian dan kuiz.sabar jew la.
kalau tak kerana dek tertunda berkali-kali dah lama ujian nie semua habis tau.
apa-apa pun akhirnya,kesukaran minggu ini berakhir juga.
peperiksaan akhir sem pula menanti!
ganbatte linda!
March 20, 2011
bil eletrik
salam sejahatera semua
bil elektrik baru je tiba tadi..dan jumlah yang perlu dibayar tersangatlah banyak!rasa nak pengsan bila tengok bil tadi..oh tidak!sekarang nie kita perlu berjimat cermat,dan kurangkan penggunaan elektrik,tapi macam mana bil nak kurang kalau ada 4 buah laptop yang ON sepanjang hari..oh tidak!!macam mana nie!!
bil elektrik baru je tiba tadi..dan jumlah yang perlu dibayar tersangatlah banyak!rasa nak pengsan bila tengok bil tadi..oh tidak!sekarang nie kita perlu berjimat cermat,dan kurangkan penggunaan elektrik,tapi macam mana bil nak kurang kalau ada 4 buah laptop yang ON sepanjang hari..oh tidak!!macam mana nie!!
Subscribe to:
Posts (Atom)
