Orang tua-tua selalu cakap jangan benci sangat dengan orang tu,kelak orang tu jodoh kita. Apa yang orang tua-tua nie cakap ada betulnya. Dulu masa aku sekolah,aku tak pernah fikir nak jadi jurutera atau terlibat dengan apa-apa bidang teknikal bila dah besar. Akhirnya, aku sambung belajar bidang kejuruteraan. Haha. Tulah dulu benci sangat kejuruteraan nie..sekarang kau graduan kejuruteraan. Kerja pun dalam bidang teknikal. Huhu. Sebenarnya bila kita dah membesar baru kita sedar apa sebenarnya yang lebih sesuai dengan diri kita. Masa kita kecik-kecik dulu bolehlah kita semberono memilih cita-cita..tapi bila dah besar,kecenderungan kita terhadap sesuatu itu akan lebih terserlah.
August 1, 2012
July 31, 2012
Karier
Aku dah pun tamatkan pelajaran aku kat politeknik yang tercinta itu.cewahhh..haha.sangat gembira setelah bergelar graduan.huhu.sekarang masa untuk aku mulakan kerjaya aku.aku dah pun diterima bekerja kat sebuah syarikat jepun yang terletak di johor bahru.sebagai anak jati johor aku tak rasa nak cari kerja kat negeri lain sebab kat johor nie pun banyak sangat kilang yang rata-rata menawarkan pekerjaan untuk course yang aku belajar dulu.terima kasih jobstreet atas perkhidmatan yang ditawarkan.huhuhu.aku masih lg dalam tempoh training kat kilang nie.sebagai programmer yang masih lagi merangkak banyak sangat benda yang aku kena belajar.banyak sangat!aku tak pernah pakai CAM sebelum nie.paling cikai aku pakai autocad..waaaa..so nak tak nak aku kena jugak belajar supaya aku tak menyesal nanti.ini semua untuk masa depan aku!
Aku kembali
Assalammualailum
Rasanya dah lama sangat aku tak update blog nie.sejak habis belajar hujung tahun lepas sampai la nie baru aku update.kesian blog aku.nie semua gara-gara laptop aku rosak..kalau tak comform selalu aku update blog nie..huhu.
December 7, 2011
December 5, 2011
Love
why is it so hard to love?
December 4, 2011
November 18, 2011
Penghujung
Pertama sekali aku nak ucapkan tahniah buat pasukan harimau muda kerana telah mempamerkan aksi yang cemerlang sepanjang perlawanan akhir kumpulan A menentang Indonesia malam tadi. bersemangat habis aku bersorak depan tv dengan housemate aku.hehehe...harap-harap pasukan kita menjuarai lagi perlawanan bola sepak kali ini. tahniah sekali lagi wahai harimau muda.
kedua, aku nak mengucapkan takziah buat kawan sekelas aku iaitu Gugan yang baru sahaja kehilangan ayah dia semalam. kesian Gugan, dah lah nak jawab final exam tapi ayah dia meninggal pula pada saat-saat genting macam ini.. ajal maut di tangan tuhan, harap-harap beliau tabah hadapi semua ini.
ketiga, aku nak cakap, glee musim ketiga dah masuk episod ke-6 tapi aku baru dapat tengok satu episod jew...waaaaaa.....bila aku nak tengok lagi nie!!!
keempat, aku dalam minggu peperiksaan sekarang. baru sahaja habis dua subjek,yang boleh tahan susah. aku tak dapat agak keputusan yang bakal aku terima nanti. tapi harap-harap biarlah keputusan yang baik supaya aku dapat naik pentas ambil diploma sambil senyum depan kamera dan abah dan emak tersenyum bangga kat bawah ditempat duduk ibubapa.aku harap aku berjaya.
kelima, keputusan upsr dah keluar. aku tak tahu apa keputusan upsr Adib. (malas nak call sebenarnya,hehehe)
keenam, aku tak tahu nak tulis apa lagi.hahaha
sekian terima kasih!





